awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#GempaJakarta: Tiada rakyat Malaysia terkesan

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2019
16:20 MYT
#GempaJakarta: Tiada rakyat Malaysia terkesan
Agensi geofizik Indonesia mengeluarkan ancaman tsunami selepas gempa berlaku pada kedalaman 59 kilometer iaitu 227 kilometer dari bandar Teluk Betung, Indonesia. GAMBAR /asset.kompas.com
Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi kuat berukuran 7.4 skala Ritcher yang mengegar Barat Daya Banten, Indonesia, pada Jumaat.
Kementerian Luar memaklumkan setakat ini Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta masih menunggu laporan daripada pihak berkuasa tempatan.
Jelas kenyataan itu lagi, kementerian sentiasa memantau perkembangan kejadian bencana alam itu.
“Rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan media.
Gambar: Kenyataan Media Kementerian Luar
Gambar: Kenyataan Media Kementerian Luar
Tambah kenyataan itu ;lagi, rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +6225224947 atau +6281380813036 atau menerusi emel [email protected].
Pada 7.03 malam Jumaat, Jabatan Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) Indonesia mengeluarkan ancaman Tsunami selepas gempa berlaku pada kedalaman 59 kilometer iaitu 227 kilometer dari bandar Teluk Betung, Indonesia.
Bagaimanapun, amaran itu ditarik balik oleh pihak berkuasa pada pukul 9.30 malam waktu tempatan.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Gempa Jakarta
#Indonesia
#rakyat Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan