Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Kenderaan Tempur Infantri (IFV25) yang diberi nama 'Gempita' dapat meningkatkan keupayaan Tentera Darat melindungi negara daripada sebarang ancaman.
"Hari ini saya bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkesempatan menyaksikan penyerahan 12 unit Infantry Fighting Vehicle atau Kenderaan Tempur Infantri kepada Tentera Darat oleh DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH).
"Pada majlis sama, saya turut mengumumkan nama kenderaan tempur ini iaitu 'Gempita'," katanya dalam kiriman terbaru dalam laman Facebooknya malam semalam.
Penyerahan kenderaan 8X8 itu dilakukan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Tan Sri Mohd Khamil Jamil kepada Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
IFV25 adalah varian pertama daripada 12 varian kenderaan tempur yang dibangun dan dikeluarkan oleh kilang Deftech di Pekan.
Bernama
Sun Dec 07 2014

NAJIB: 'Gempita' diharap tingkat keupayaan tentera darat lindungi negara. - Gambar Fail

AWANI Ringkas: Dua bekas ahli parlimen PKR sokong PN | Bekas tiga Adun AMANAH sertai PKR, jejas PH
![[TERKINI] Politik | PN di landasan tepat, keluar parti demi rakyat [TERKINI] Politik | PN di landasan tepat, keluar parti demi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892891/27199807091614502530234_640x360.jpg)
[TERKINI] Politik | PN di landasan tepat, keluar parti demi rakyat
Dan ini reaksi Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon. Ikuti reaksi yang baharu kami terima.

Dera Anak | suami isteri hukuman gantung sampai mati
Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala dua lagi anak pasangan itu dilepaskan dan dibebaskan kerana membunuh seorang gadis yang juga ahli keluarga mereka.

Akuan Bersumpah | Dua bekas Ahli Parlimen PKR sokong PN
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua bekas Ahli Parlimen PKR. Menerusi muat naik status di akaun media sosialnya, Muhyiddin berkata dua Ahli Parlimen tersebut adalah Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon.

Tiga kartel dadah bergelar Tan Sri dan Datuk dalang utama sindiket dadah di Malaysia - Polis
Antara aktiviti perniagaan yang dimiliki individu berusia 45 tahun dan ke atas itu termasuk pengedaran kokain ke luar negara.

Internet percuma untuk orang Ipoh
Projek pemasangan WiFi percuma di 20 lokasi ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung April ini.

28 individu dan dua pemilik premis futsal dikompaun kerana tidak patuh SOP - Polis
28 individu sedang asyik bermain futsal di sebuah premis di Gombak dikompaun selepas didapati tidak mematuhi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Sabtu.

Ekonomi | Kebajikan rakyat dan mengukuhkan ekonomi keutamaan kerajaan
Datuk Dr Madeline Berma, Penganalisis Ekonomi

Politik | Biar PKR Sarawak selesaikan kemelut mereka
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyerahkan sepenuh kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak untuk menyelesaikan kemelut politik parti itu. Beliau juga enggan mengulas lanjut tindakan Ketua PKR Sarawak, Larry Sng yang bertindak meletak jawatan dan keluar parti.

Vaksin COVID-19 | Pharmaniaga sasar proses 80,000 dos vaksin sehari
Timbalan Pengarah Urusan Pharmaniaga, Mohamed Iqbal Abd Rahman berkata, jumlah itu mengambil kira kekangan pembersihan kilang yang akan dibuat selepas 18 jam sehari.

Deftech bina bas elektrik SQC Malaysia yang pertama
Deftech, yang merupakan sebuah anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd telah dipertanggungjawabkan untuk membina 11 buah bas EV SQC.

Pekerja DEFTECH maut dihempap kenderaan perisai beroda
Mangsa yang merupakan jurulatih memandu kenderaan berkenaan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

'Gempita' diharap tingkat keupayaan tentera darat lindungi negara - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Kenderaan Tempur Infantri (IFV25) yang diberi nama 'Gempita' dapat meningkatkan keupayaan Tentera Darat melindungi negara daripada sebarang ancaman.