KUALA TERENGGANU: Aidilfitri kali ini genap setahun suami kepada Noorfadilah Abd Rashid, 33, hilang di laut namun kerinduan terhadap insan itu tidak pernah padam.
Berkongsi perasaan kepada Sinar Harian, ibu kepada dua anak itu berkata, harapan dan penantiannya terhadap kepulangan suaminya, Wan Mohd Sufian Wan Abdul Rahman, 36, yang hilang sejak Mei tahun lalu tidak pernah luntur.
"Saya masih mengharapkan kepulangan suami sebab dia hilang tanpa jejak. Tiada jasad ditemui sehingga kini. Tiada kesan yang ditinggalkan. Jika benar sudah meninggal dunia, mana jasadnya.
"Memang suami jatuh di laut ketika memancing pada Mei tahun lalu tetapi tiada bukti mengatakan dia lemas. Mungkin ya atau mungkin tidak. Mungkin juga tenggelam terus. Hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui," ujarnya sayu.
Menurut Noorfadilah, Aidilfitri kali ini adalah yang pertama dirai tanpa kehadiran suami di samping keluarga dan anak-anak.
"Biasanya setiap kali raya suami tidak cerewet memilih persalinan. Dia terima apa sahaja warna dan corak pakaian yang dipilih.
"Namun, apa yang saya ingat ialah suami paling gemar makan sate dan nasi minyak ketika perayaan Aidilfitri," katanya.
Menurut Norfadilah, walaupun sudah setahun tiada khabar berita daripada suami, tidak pernah terlintas untuk dia mencari pengganti.
Katanya, tumpuan buat masa ini adalah menjaga bapanya, Abd Rashid Talib, 76, yang uzur di Seberang Takir serta memberi tumpuan terhadap dua anaknya yang masih kecil iaitu Wan Nursofiaazzahra, 6, dan Wan Nursyifaadelia, 3.
"Setakat ini saya tidak boleh bekerja sebab tak boleh tinggalkan bapa yang sedang uzur. Anak-anak juga masih kecil dan perlukan perhatian.
"Mujurlah dua anak ada dapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ia sedikit sebanyak membantu menampung perbelanjaan kami sekeluarga," katanya.
Pada 19 Mei tahun lalu, Wan Mohd Sufian keluar ke laut dari jeti Marang sekitar jam 7 pagi sebelum dilaporkan hilang dua jam kemudian.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Terengganu terpaksa menghentikan operasi operasi mencari dan menyelamat mangsa selepas lebih seminggu tidak menemui sebarang petunjuk.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 02 2022

Rakaman gambar Noorfadilah (kanan) di samping suaminya, Wan Mohd Sufian dan dua cahaya mata mereka ketika Aidilfitri tahun lalu iaitu selang beberapa hari sebelum kejadian. - Foto Sinar Harian

JAS Selangor temui 100 tong sisa buangan punca Sungai Chandong merah
Operasi pada petang Selasa turut menemui kesan buangan pigmen berwarna merah pada penutup bahagian lori tangki.

Kes 34 motosikal terbakar disyaki berunsur khianat
Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Alphard hilang dilarikan penyewa
Kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.

Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Langgar hak cipta, syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM24,000
Syarikat itu didakwa memiliki empat salinan langgaran karya sastera dalam bentuk program komputer yang telah melanggar hak cipta sebuah perbadanan di California, Amerika Syarikat.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Genap setahun suami hilang di laut
Harapan dan penantiannya terhadap kepulangan suaminya, yang hilang sejak Mei tahun lalu, tidak pernah luntur.