awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gender Focal Team diwujudkan di setiap kementerian, agensi - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2022
11:51 MYT
Gender Focal Team diwujudkan di setiap kementerian, agensi - Ismail Sabri
Mesyuarat Pertama Majlis Sosial Negara (MSN) yang dipengerusikan Perdana Menteri bersetuju mewujudkan Gender Focal Team (GFT) di setiap kementerian dan agensi. - Foto PMO
KUALA LUMPUR : Mesyuarat Pertama Majlis Sosial Negara (MSN) bersetuju mewujudkan Gender Focal Team (GFT) di setiap kementerian dan agensi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sebagai usaha meneroka potensi wanita dalam ekonomi serta mengarus perdana gender bagi setiap perancangan, pelaksanaan dasar dan inisiatif.
"Untuk itu, GFT akan dianggotai sekurang-kurangnya tujuh ahli bagi mengkoordinasi dan melaksana inisiatif mencapai kesaksamaan gender," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mesyuarat Pertama Majlis Sosial Negara (MSN) 2022 dipengerusikan beliau dengan dihadiri oleh Menteri-menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri berkaitan serta pegawai-pegawai kanan kementerian, jabatan dan agensi yang terlibat.
Mesyuarat turut memutuskan penubuhan satu pasukan khas yang disertai agensi-agensi kerajaan bagi menyediakan laluan khas kepada kanak-kanak lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran mahupun akademik.
"Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan bertanggungjawab menyediakan dana pendidikan dan dana penempatan serta laluan kerjaya, manakala Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menjadi penjamin bagi membantu kanak-kanak lepasan institusi yang tiada dokumen dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara.
"Perkeso dan MARA berperanan dalam menyediakan latihan serta peluang pekerjaan selepas mereka tamat pengajian," tambah Perdana Menteri.
Selain itu, kerajaan juga akan mewujudkan Inisiatif Pembangunan Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber bagi Menangani Isu Penipuan Siber bagi melahirkan warga siber berpengetahuan,bertanggungjawab serta melindungi masyarakat daripada menjadi mangsa penjenayah siber.
Topic Berkaitan
#GFT
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan