awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Generasi milennial Malaysia lebih bijak urus kewangan selepas COVID-19 - Tinjauan

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2020
09:04 MYT
Generasi milennial Malaysia lebih bijak urus kewangan selepas COVID-19 - Tinjauan
Abrar A. Anwar berkata, selepas dilanda pandemik, generasi milennial Malaysia dilihat lebih bertanggungjawab dalam merancang kewangan mereka. - Gambar hiasan/AFP
KUALA LUMPUR:Kajian mengenai impak global COVID-19 mendapati kira-kira 74 peratus daripada generasi milennial Malaysia mengakui berdepan dengan kesukaran menguruskan kewangan mereka, sejak bermulanya pandemik itu.
Hal ini berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh Standard Chartered, baru-baru ini.
Kajian itu turut mendedahkan, kemungkinan 107 peratus daripada Gen Y itu tidak mempunyai imbangan simpanan bank apabila 23 peratus mengakui jumlah pinjaman mereka meningkat sejak bulan lalu berbanding responden yang berusia lebih 45 tahun iaitu hanya 15 peratus.
Mengejutkan, penemuan dalam laporan itu menunjukkan sebaliknya, apabila golongan terbabit lebih berdisiplin dengan pelan belanjawan apabila 61 peratus daripada responden muda bersedia melakukan perubahan perbelanjaan harian dengan 21 peratus sudah mula menggunakan aplikasi pengurusan kewangan sejak pandemik.
Sementara 61 peratus lagi menyatakan untuk menggunakan aplikasi itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Penemuan dalam laporan itu menunjukkan golongan terbabit lebih berdisiplin dengan pelan belanjawan yang dirangka khusus.
Tinjauan terbabit mendapati dengan penggunaan teknologi baharu yang mampu menguruskan kewangan, golongan muda ini dilihat lebih yakin berbanding responden lain untuk mencapai sasaran jangka panjang apabila 36 peratus daripada mereka menyatakan mereka lebih yakin berbanding sebelum penularan COVID-19.
Ia dibuktikan apabila 34 peratus daripada mereka menjadikan amalan menabung untuk meningkatkan wang simpanan sebagai persiapan membeli aset seperti kereta atau rumah berbanding responden berusia lebih 45 tahun yang hanya dilihat 20 peratus.
Malah, tinjauan terbabit mendapati, mereka merancang kewangan pada waktu persaraan apabila 45 peratus responden berusaha melakukan simpanan ke arah itu.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Abrar A. Anwar berkata, selepas dilanda pandemik, generasi milennial Malaysia dilihat lebih bertanggungjawab dalam merancang kewangan mereka.
Topic Berkaitan
#Tinjauan Standard Chartered
#COVID-19
#pandemik
#pengurusan kewangan
#gen Y
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan