awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geng Aiman pecah kedai telefon tumpas - Ketua Polis Lipis

Amirah Nordin
Amirah Nordin
01/03/2023
14:25 MYT
Geng Aiman pecah kedai telefon tumpas - Ketua Polis Lipis
Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah kedai yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat. - Foto Astro AWANI
LIPIS: Anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis berjaya menangkap Geng Aiman yang didalangi enam remaja berusia 16 sehingga 17 tahun dalam satu serbuan pada 23 Februari lepas kerana terlibat dengan jenayah pecah kedai telefon.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mond Noor berkata, bermula dari maklumat risikan, pasukan BSJ, IPD Lipis berjaya membuat beberapa siri serbuan dan tangkapan ekoran satu laporan polis berkaitan kes berkenaan pada 17 Februari yang berlaku di Kampung Baru Jerkoh, Benta.
"Bertindak dari kejadian tersebut, satu pasukan khas yang ditubuhkan dalam ‘Op Pintu’ telah menjalankan risikan dan mendapatkan maklumat berkaitan kes pecah kedai telefon yang dilaporkan mula bergerak aktif pada pertengahan Februari.
"Serbuan pertama dilakukan pada 23 Februari antara jam 9.00 pagi sehingga 6.35 petang di sekitar daerah Raub dan Lipis berjaya memberkas semua suspek berkenaan," katanya.
Jelasnya, dengan penangkapan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan kes pecah kedai telefon yang melibatkan anggaran kerugian sebanyak RM10,000.
"Antara barang rampasan adalah lapan telefon bimbit pelbagai jenis, kad sim bersama satu set kepala pengecas dan kabel warna putih.
"Selain itu, turut ditemui resit belian bertarikh 17 Februari 2023 atas penama OYDS berjumlah RM120,” katanya.
Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah kedai yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat.
Topic Berkaitan
#OYDS
#Telefon bimbit
#Geng Aiman
#BSJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan