awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geng curi kereta: Kena cekup sebelum sempat buka cawangan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
27/05/2019
12:35 MYT
Geng curi kereta: Kena cekup sebelum sempat buka cawangan
Omar (tengah) menunjukkan antara barangan yang dirampas pada sidang media yang diadakan di IPK Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini. - Astro AWANI
Usaha sekumpulan penjenayah curi kenderaan yang aktif di Semenanjung untuk membuka 'cawangan' mereka di Sabah tidak kesampaian apabila empat daripada lima suspek berjaya ditahan polis baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, dalam tangkapan antara 19 dan 24 Mei lalu itu, pihaknya berjaya memberkas empat suspek lelaki berusia antara 32 dan 40 tahun di sekitar bandar raya ini.
Beliau berkata, seorang lagi suspek berasal dari Sarawak dan dikenali dengan nama Tommy kini masih diburu polis.
Menurutnya, kumpulan berkenaan didapati beroperasi dengan menyasarkan kenderaan mewah pacuan empat roda serta kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mempunyai peralatan lengkap, termasuk komputer canggih, bagi membolehkan mereka mencuri kenderaan dalam tempoh tidak sampai lima minit.
Suspek dikenali sebagai Tommy yang kini diburu polis. - Foto PDRM
Suspek dikenali sebagai Tommy yang kini diburu polis. - Foto PDRM
Jelas beliau lagi, kegiatan kumpulan itu akhirnya terbongkar selepas polis menerima aduan daripada seorang wanita yang kehilangan kereta jenis Honda HRV miliknya yang diletakkan di kawasan parkir Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas (HWKKL) pada 14 Mei lalu.
"Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mendedahkan empat lagi rakannya turut terlibat dalam aktivti mencuri kenderaan itu.
"Polis berjaya memberkas tiga daripada mereka manakala seorang lagi masih bebas," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.
Antara barangan suspek yang berjaya dirampas dalam tangkapan itu.
Antara barangan suspek yang berjaya dirampas dalam tangkapan itu.
Mengulas lanjut, Omar berkata, susulan penahanan suspek, polis kemudiannya didedahkan maklumat bahawa kumpulan itu sudah berjaya mencuri 11 buah kenderaan dan pihaknya berjaya menemukan lima daripada semua kenderaan itu, termasuk tiga di Sarawak.
"Ini adalah kes pertama di Sabah, di mana mencuri menggunakan gajet.
"Suspek telah menunjukkan kepada pihak polis bagaimana modus operandi yang mereka gunakan semasa sedang mencuri kenderaan, dengan menggunakan peralatan yang turut dirampas semasa tangkapan dijalankan," katanya.
Antara barangan suspek yang berjaya dirampas dalam tangkapan itu.
Antara barangan suspek yang berjaya dirampas dalam tangkapan itu.
Topic Berkaitan
#buka cawangan
#curi kereta
#Kenderaan Mewah
#Kota Kinabalu
#Omar Mammah
#penjenayah
#polis
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan