awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geopark Langkawi jalin kerjasama dengan Geopark Discovery Kanada

Bernama
Bernama
29/10/2021
00:45 MYT
Geopark Langkawi jalin kerjasama dengan Geopark Discovery Kanada
MoU itu berkaitan pembangunan mampan kedua-dua geopark tersebut. - Foto Langkawi UNESCO Global Geopark
ALOR SETAR: Geopark Global UNESCO Langkawi (LUGGp) menjalin kerjasama dengan Geopark Global UNESCO Discovery (DUGGp) dari Kanada dalam bidang pengurusan geopark dan aktiviti-aktiviti berkaitan pembangunan mampan kedua-dua geopark tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib mewakili LUGGp, manakala DUGGp diwakili pengerusinya John Norman menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama itu menerusi majlis secara dalam talian di pejabat masing-masing, pada Khamis.
Dalam satu kenyataan, Nasaruddin berkata MoU itu menandakan kolaborasi antara kedua-dua pihak dalam memenuhi tanggungjawab dan fungsi masing-masing, menerusi pertukaran dan perkongsian maklumat.
Beliau berkata menerusi MoU itu kedua-dua belah pihak menunjukkan minat untuk mengadakan aktiviti-aktiviti usaha sama berkaitan pembangunan mampan termasuk promosi pelancongan, pendidikan, pengamalan dan pembangunan komuniti.
"MoU ini akan menjadi pemangkin untuk mempromosi kerjasama antarabangsa antara LUGGp dan DUGGp atas dasar timbal balik. Kami berhasrat untuk saling berkongsi informasi yang diperlukan, pengalaman dan amalan terbaik untuk faedah kedua-dua geopark.
"Sebagai contoh, sebahagian perkongsian ilmu akan dijalankan berkaitan perlindungan geowarisan, mempopularkan geosains serta pembangunan geopelancongan tempatan dan kita harap ini akan menambah baik pengurusan kedua-dua geopark terbabit," katanya.
Sementara itu, Norman berkata perjanjian seumpama itu merupakan antara manfaat yang diperoleh susulan menjadi sebahagian daripada rangkaian geopark dunia, meluaskan sempadan, di samping menyediakan peluang untuk mengambil bahagian dalam projek dan program usahasama yang sangat berfaedah kepada industri pelancongan, sekolah dan kerajaan tempatan.
"Kerjasama, terutamanya dari aspek budaya dan pelancongan, sangat bermanfaat dan kami menantikan pemulihan ekonomi tempatan bagi mewujudkan peluang pekerjaan baharu yang mampan dalam geopelancongan," katanya yang teruja dengan kerjasama itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Langkawi
#MoU
#geopark
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan