MALAYSIA
Gerak Gempur UPKK 2025, Hatimurni bimbing 500 pelajar menuju kejayaan

Program Gerak Gempur UPKK 2025 anjuran Hatimurni Islamic Private Education Centre dihadiri 500 pelajar. - Foto Hatimurni
KUALA LUMPUR: Menjelang peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang bakal berlangsung bulan depan, semangat dan debaran kian terasa apabila 500 pelajar dari seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Perak menyertai program Gerak Gempur UPKK – UFC 2025 (UPKK Final Countdown) anjuran Hatimurni Islamic Private Education Centre.
Ringkasan AI
- Menjelang peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang bakal berlangsung bulan depan, semangat dan debaran kian terasa apabila 500 pelajar dari seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Perak menyertai program Gerak Gempur UPKK UFC 2025 (UPKK Final Countdown) anjuran Hatimurni Islamic Private Education Centre.Bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kementah, program selama sehari ini menjadi platform peperiksaan simulasi dan latihan pecutan akhir bagi mengasah dan mempertingkatkan lagi kefahaman serta keyakinan pelajar sebelum menduduki peperiksaan sebenar November ini.Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni, penganjuran UFC menjadi tradisi tahunan Hatimurni dalam membantu pelajar mencapai prestasi terbaik melalui gabungan pendekatan akademik, rohani dan motivasi berasaskan nilai Islam.

Pelajar-pelajar menunjukkan semangat yang jitu ketika sesi ulangkaji bersama. - Foto Hatimurni
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni, penganjuran UFC menjadi tradisi tahunan Hatimurni dalam membantu pelajar mencapai prestasi terbaik melalui gabungan pendekatan akademik, rohani dan motivasi berasaskan nilai Islam.
“Kami percaya kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui keputusan peperiksaan, tetapi sejauh mana anak-anak memahami ilmu agama dengan hati, menghayati nilai-nilai Islam, dan mengamalkan adab dalam kehidupan seharian.
“Inilah semangat di sebalik penganjuran UFC – Final Countdown bukan sekadar persediaan akademik, tetapi medan tarbiah untuk membentuk kekuatan iman, akhlak dan jiwa anak-anak sebagai hamba dan khalifah Allah,” ujar beliau.
Program ini turut menampilkan barisan tenaga pengajar berpengalaman dalam dunia pendidikan KAFA dan UPKK, antaranya Ustazah Siti Hasliza Abdul Razak (Bahasa Arab), Ustaz Mohamad Nazrin Azmi (Ibadah & Akidah), Ustaz Rohimi Latif (Sirah) dan Ustaz Mohamad Hilmi Zahari (Adab & Jawi).

Pelajar-pelajar solat berjemaah di Program Gerak Gempur UPKK 2025. - Foto Hatimurni
Selain sesi ulangkaji dan bengkel interaktif, program turut diserikan dengan bacaan Surah Yaasin dan doa keberkatan bersama ibu bapa sekali gus menjadi simbolik kepada keberkatan dan restu sebelum peperiksaan bermula.
Siti Khadijah menegaskan, penganjuran UFC mencerminkan komitmen Hatimurni untuk mendidik generasi muda yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga berakhlak dan berjiwa Islam.
Beliau menambah, Hatimurni bukan sekadar pusat pendidikan, tetapi rakan strategik dalam membina generasi seimbang dunia dan akhirat, melalui pendekatan pendidikan Islam yang menyentuh hati dan membentuk jiwa.
Program UFC Kuala Lumpur merupakan siri pertama bagi 2025, sebelum diteruskan ke Temerloh, Pahang minggu hadapan dan bakal menghimpunkan lebih 500 pelajar dari Pantai Timur.
Sejak ditubuhkan pada 2007, Hatimurni kini menguruskan lebih 1,600 pelajar melalui pelbagai inisiatif termasuk KAFA Cawangan, KAFA Online, Tuisyen UPKK Skor A dan Kelas Mengaji, dengan visi melahirkan generasi berilmu, beradab dan berjiwa Islam.

Pelajar-pelajar dan tenaga pengajar ketika sesi bergambar usai tamat program. - Foto Hatimurni
Untuk maklumat lanjut mengenai program dan Hatimurni, layari www.hatimurni.com.my.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami