GEORGE TOWN: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan membawa usul kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) berhubung hasrat mereka untuk membawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyertai gabungan tersebut.
Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, idea itu tercetus selepas Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan keputusan parti tersebut menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, selain faktor itu, pendirian MUDA melawan rasuah dilihat seiring dengan prinsip PN yang dibawa selama ini.
"Memang bagi Gerakan, kita mengalu-alukan MUDA untuk menyertai PN tetapi PN ada prosedur. Apa-apa yang kita mahu bawa atau usulkan, perlu dibuat melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi PN untuk diputuskan.
"Gerakan akan membawa isu ini kepada mesyuarat yang akan dibuat dalam bulan ini untuk dibincangkan kerana kita berpendapat, pendirian MUDA terhadap melawan rasuah adalah selari dengan apa yang diperjuangkan PN," katanya pada sidang akhbar di Pasar Awam Sungai Ara hari ini.
Dominic berkata, beliau ada berjumpa dengan Syed Saddiq dan menyatakan hasratnya itu namun ia dilakukan secara tidak formal.
"Saya ada jumpa beliau (Syed Saddiq) di Parlimen, (saya) ada menyatakan hasrat saya itu namun secara tidak rasmi.
"Beliau hanya senyum tetapi bagi saya, itu satu respons yang positif," ujarnya.
Beliau menambah, sekiranya MUDA menyertai PN, ia akan memperkukuhkan lagi perjuangan gabungan itu untuk membasmi rasuah negara terutamanya dalam dunia politik.
"Saya nampak, MUDA sangat berpegang teguh dengan pendiriannya terhadap lawan rasuah kerana mereka sanggup berada di blok pembangkang selepas tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan.
"Oleh itu, objektif MUDA dan PN adalah sama iaitu melawan rasuah. Jadi apa salahnya jika kita mengalu-alukan MUDA untuk bersama-sama dengan kita," katanya.
Minggu lalu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar secara rasmi menarik diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa serta merta dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.
Syed Saddiq berkata, antara sebab utama tindakan itu adalah kerana langkah Kerajaan Perpaduan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhir-akhir dilihatnya bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang.
Dalam pada itu, Dominic berkata, Syed Saddiq tidak perlu melayan gesaan beberapa pihak yang mahu beliau meletak jawatan sebagai ahli Parlimen.
"Saya harap beliau tidak ambil peduli dengan gesaan-gesaan itu kerana yang perlu meletakkan jawatan adalah menteri Kerajaan Perpaduan, bukannya Syed Saddiq. Ini kerana, mereka cakap tidak betul, dahulu kata lawan rasuah tetapi kini bersama-sama perasuah pula.
"Lebih mengecewakan apabila kerajaan yang dipimpin Anwar sendiri melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dahulu kata lawan UMNO, sekarang boleh bersama-sama.
"Ini berbeza dengan Syed Saddiq, beliau dan MUDA dari dahulu tidak setuju dengan perasuah dan kini, pendirian mereka masih sama iaitu tidak setuju apabila Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, dilepaskan tanpa dibebaskan terhadap 47 pertuduhan rasuah," katanya.
Sebelum ini, Ahmad Zahid dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi bagi lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 16 2023
Dominic (kiri) memberi bendera kepada seorang kanak-kanak sempena Hari Malaysia di Pasar Awam Sungai Ara pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
Kebanyakan kes kad pengenalan palsu dikesan apabila pemilik dewasa
Saifuddin Nasution mendedahkan kebanyakan kes penggunaan dokumen pengenalan diri palsu seperti kad pengenalan, dapat dikesan apabila pemegangnya mencapai usia dewasa.
Pantau Agenda Reformasi: Martabatkan profesion guru, tingkat kesejahteraan
Dr. Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu disebut semula 27 Jun
Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes 13 pelajar kolej vokasional di sini yang menghadapi pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.
Bekas CEO badan berkanun direman
Seorang lagi ssuspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan bagi projek pembangunan bernilai RM1.2 bilion.
RUU rangka kerja kawal selia progresif CCUS akan dibentangkan di Parlimen pada Nov ini
Kementerian Ekonomi dijangka membentangkan rang undang-undang rangka kerja kawal selia progresif mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Parlimen pada sesi November ini.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati warga Singapura bunuh anak tiri
Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki warga Singapura kerana membunuh anak tirinya pada 2008.
Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis
Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian.
Tablet percuma kepada murid dan guru
Kerajaan menyediakan tablet percuma kepada semua guru dan murid secara berperingkat di seluruh negara.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.
Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja
Seiring peningkatan usia dan perlu menjalani tanggungjawab menjadi dewasa, kadangkala sukar untuk mengekalkan tenaga seperti zaman muda dahulu.
MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina
Pada September 2022 hingga Februari 2023, Perlis diramal menerima taburan hujan antara 200-300mm dan Kedah, antara 290-440mm.
Undi18 harap pemilihan Exco muka baharu, muda jadi ikutan negeri lain
Tharma Pillai berharap pemilihan orang muda dan muka baharu sebagai exco kerajaan negeri di Johor akan menjadi ikutan negeri-negeri lain mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Isu kecekapan orang muda tidak akan timbul, jentera Johor sudah sedia cekap- Exco Agama Johor
Exco kerajaan negeri Johor kalangan orang muda yang baharu dilantik akan saling melengkapi dan memberi idea baharu bagi menambahbaik kecekapan pentabiran negeri.
PRN Johor: PKR umum calon Kempas dan Larkin, beri bayangan rundingan dengan Muda tidak menjadi
Anwar telah mengumumkan calon PKR untuk lima kerusi, iaitu Larkin, Kempas, Bukit Batu, Tiram, dan Pasir Raja.
Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman kepada PH - Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menganggap kerjasama yang terjalin di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukan ancaman.
MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.
Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan
Cara merawat masalah rambut beruban dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.
Wan Ahmad Fayhsal nafi 'ugut' Syed Saddiq, anggap seperti adik sendiri
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pertemuan baru-baru ini bukan untuk membuat tawaran atau ugutan kepada Syed Saddiq.