Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima geran padanan sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Pendidikan bagi mengembang dan memperkasa bidang penyelidikan serta pengkomersilan universiti itu tahun ini.
Naib Canselornya Prof Dr Raha Abdul Rahim berkata daripada jumlah itu, RM400,000 diperuntukkan bagi tujuan pengkomersilan produk atau inovasi yang dihasilkan dalam kalangan pelajar dan pensyarah UTeM.
Beliau berkata setakat ini, penyelidik UTeM telah menghasilkan sebanyak 423 harta intelek sejak tahun 2007 manakala sebanyak 11 produk penyelidikan telah dikomersilkan.
"UTeM sentiasa menggalakkan para penyelidik untuk terus terlibat lebih aktif, menyumbang dan terus berdamping dengan masyarakat menerusi bidang penyelidikan masing-masing. Usaha ini diterjemahkan menerusi penghasilan pelbagai produk penyelidikan baharu dan menambah baik reka cipta produk sedia ada.
"Ini akhirnya dapat memberi manfaat terhadap pembangunan universiti dan masyarakat yang lebih cemerlang," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Karnival Inovasi UTeMEx 2019 di sini, pada Khamis.
Majlis berkenaan dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Mohd Ghazali Abas dan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM Prof Dr Zulkiflie Ibrahim.
Raha berkata UTeM sentiasa berusaha memastikan semua produk yang dihasilkan berjaya dipatenkan dan dikomersilkan untuk dimanfaatkan pihak industri dan masyarakat selaras dengan hasratnya menjadi penyumbang solusi dalam pelbagai aspek keperluan.
Beliau berkata UTeM turut menekankan usaha melahirkan ilmuan teknologi yang dapat menyumbang terhadap pemerkasaan bidang sains dan teknologi negara.
"Dalam pertandingan Pencipta yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia baru-baru ini, semua penyertaan produk penyelidik UTeM telah mendapat pengiktirafan menerusi enam emas, dua perak dan dua gangsa.
"UTeM turut meraih anugerah khas bagi produk inovasi 'River Trash Collector System Mark III' yang memberi impak besar pada kesejahteraan komuniti di Melaka," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Karnival Inovasi UTeMEx 2019 bertemakan 'Humanizing Technologies in Digital Era' yang disertai 179 penyelidik dalam kalangan ahli akademik dan pelajar itu berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Katanya karnival yang disertai peserta dari universiti awam dan swasta, politeknik, institut latihan perindustrian, kolej komuniti, Maktab Rendah Sains Mara, kolej vokasional dan sekolah itu merupakan platform pemilihan produk penyelidikan dan inovasi terbaik untuk dibawa ke peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019
Mohd Ghazali (belakang, tujuh, kanan) bersama pemenang Anugerah Khas selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Karnival Inovasi UTeMEx 2019 di Melaka, 10 Okt, 2019. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
[TERKINI] Chegu Bard didakwa keluar kenyataan fitnah, menghasut
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
WEF: TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Laporan baharu Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills" memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan Malaysia.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik.
Terkejut filem tanpa bajet dapat anugerah - Pengarah Geran
Mohd Shahreel berkata, perasaan teruja dan gembira itu sukar untuk diungkapkan memandangkan kejayaan itu datang tanpa diduga.