Perdana Menteri India, Narendra Modi hari ini melancarkan Gerbang Torana bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Little India, Brickfields.
Struktur ikonik yang terletak di tengah-tengah Brickfields menjadi lambang persahabatan kukuh antara kerajaan India dan Malaysia.
“Gerbang Torana merupakan satu batu penanda kepada hubungan kami. Ia bukan sesuatu hasil ukiran atas batu semata-mata malah lebih menekankan kepelbagaian adat dan tradisi kedua-dua negara,” kata Modi dalam ucapan pembukaannya di majlis pelancaran Gerbang Torana itu di sini, hari ini.
Sementara itu, Najib berkata Gerbang Torana itu mencerminkan hubungan yang lama terjalin antara Malaysia dan India.
"Torana Gate menandakan satu lagi titik yang tinggi dalam sejarah hubungan baik antara Malaysia dan India. Ia menandakan kerjasama yang lebih erat dan satu dimensi baru kepada penglibatan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara," kata Najib.
Kedua-dua pemimpin tersebut juga melahirkan harapan bahawa Gerbang Torana itu akan menjadi tarikan pelancong terutamanya dari India .
Modi berkata jika sebelum ini Little India terkenal dengan makanannya yang lazat dan kini ia akan menjadi lebih terkenal dengan simbol ikonik ini.
Najib pula berkata Malaysia telah menerima jumlah pelancong yang tinggi daripada India dan Malaysia bersedia menerima lebeih ramai lagi pelancong India.
Tetuan Aksaya Jain & Associates yang dilantik kerajaan India telah bertanggungjawab menyediakan rekabentuk Gerbang Torana di Brickfields yang serupa dengan reka bentuk “Great Stupa” di Sanchi, India.
Gerbang ini mempunyai struktur ketinggian hampir 10 meter dengan blok-blok ukiran sandstone yang dibuat sepenuhnya di India dan dihantar ke Malaysia secara blok-blok berkenaan mempamerkan perhiasan yang bercorak bunga-bungaan dan geometri.
Selain daripada ukiran sandstone, pembinaan gerbang ini menggunakan juga kepingan granit, bollard ukiran 'solid stone' serta 'carved low fence wall'.
T K Letchumy Tamboo, Sathesh Raj
Mon Nov 23 2015
Struktur ikonik yang terletak di tengah-tengah Brickfields menjadi lambang persahabatan kukuh antara kerajaan India dan Malaysia.-Astro AWANI/Shahir Omar
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Deepavali: Little India Brickfields jadi tumpuan beli persiapan akhir
Little India Brickfields terus menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan pelbagai barangan segar serta kelengkapan lain perayaan pada harga diskaun sehingga 50 peratus sebagai persiapan akhir.
Dua lelaki didakwa bunuh rakan Bangladesh
Dua lelaki didakwa membunuh rakan, seorang warga Bangladesh di Jalan Travers, dua minggu lalu.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
PM buat tinjauan persiapan Deepavali
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan membuat tinjauan persiapan penganut Hindu menyambut Deepavali di Brickfields malam ini.
Imigresen serbu penempatan pendatang tanpa izin dalam kontena tiga tingkat
Sebuah penempatan pendatang tanpa izin di dalam kontena tiga tingkat di Brickfields, diserbu Jabatan Imigresen, Sabtu lepas.
Polis buru suspek umpil kereta di Brickfields
Mangsa meletakkan kenderaan miliknya itu dalam keadaan berkunci di tempat kejadian sekitar jam 10 malam pada Rabu dan hanya menyedari kereta tersebut hilang pada Jumaat.
Empat lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM100,000
Dalam serbuan itu, polis menjumpai dadah jenis Methamphetamine seberat 2.01 kilogram dan heroin seberat 2.72 kilogram di beberapa premis.
Polis nafi halang individu tak lengkap vaksin masuk pusat beli-belah
Siasatan awal mendapati ada kemungkinan pelanggan tersilap membuat tafsiran terhadap penjelasan polis bantuan itu berkaitan perubahan SOP.
Tiga ditahan bantu siasatan jual vaksin COVID-19 - Polis
Polis menahan tiga warga tempatan di sekitar Putrajaya dan Brickfields, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan vaksin COVID-19 menerusi panggilan telefon secara rawak, semalam.
Projek PR1MA terbengkalai akan diteruskan semula
Shahidan Kassim berkata tiada keperluan untuk membatalkan projek itu memandangkan projek tersebut berdaya maju dan boleh dijual dengan cepat.