awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga emas cedera dipercayai ditembak di TTDI

Bernama
Bernama
01/02/2021
20:44 MYT
Lelaki warga emas cedera dipercayai ditembak di TTDI
Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
KUALA LUMPUR:Seorang lelaki warga emas cedera dipercayai ditembak ketika berada di sebuah restoran di Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail tengah hari Ahad.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian tersebut kira-kira 12 tengah hari semalam.
“Ketika kejadian pada 12.30 tengah hari semalam, mangsa sedang membersihkan dapur restoran berkenaan sebelum merasa sakit pada bahagian ketiak dan mendapati terdapat kesan luka pada bahagian tersebut.
“Mangsa kemudiannya ternampak sebutir besi menyerupai anak peluru berhampiran kakinya dan terus ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut Anuar, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu untuk menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembak
#cedera
#warga emas
#polis
#tembakan
#restoran
#Jalan Aminuddin Baki
#TTDI
#Taman Tun Dr Ismail
#Anuar Omar
#Brickfields
#luka
#peluru
#cubaan membunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan