awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ginjal babi terpaksa dikeluarkan daripada tubuh penerima akibat komplikasi

Amanz
Amanz
17/04/2025
04:50 MYT
Ginjal babi terpaksa dikeluarkan daripada tubuh penerima akibat komplikasi
Ginjal babi terpaksa dikeluarkan disebabkan komplikasi penolakan organ selepas dos ubat anti-penolakan dikurangkan. -Amanz
PADA Januari lalu, Towana Looney (53) memegang rekod sebagai manusia paling lama hidup selepas menerima pemindahan ginjal babi.

Ringkasan AI
  • Towana Looney memegang rekod sebagai manusia paling lama hidup selepas menerima pemindahan ginjal babi, bertahan selama 130 hari.
  • Ginjal babi terpaksa dikeluarkan disebabkan komplikasi penolakan organ selepas dos ubat anti-penolakan dikurangkan.
  • Looney kembali melakukan rawatan dialisis kerana tidak layak menerima ginjal manusia disebabkan tekanan darah tinggi dan antibodi tubuh yang tinggi.

Namun, selepas lebih empat bulan hidup menggunakan ginjal babi, organ ini terpaksa dikeluarkan semula disebabkan komplikasi yang timbul.
Menurut penyelidik dari NYU Langone Health yang melakukan pembedahan asal, tubuh Looney mula menolak ginjal yang diterima selepas beliau terpaksa mengurangkan dos ubat anti-penolakan disebabkan oleh jangkitan.
Prosedur membuang organ dilakukan pada 4 April lalu, menjadikan eksperimen xenotransplan ini hanya bertahan selama 130 hari.
Ini adalah rekod yang lebih panjang berbanding 61 hari sebelum ini, di mana penerima ginjal babi meninggal dunia disebabkan faktor kesihatan yang tidak berkaitan dengan pemindahan organ.
Looney terpaksa kembali melakukan rawatan dialisis untuk meneruskan hidup pasca pembedahan.
Dia dipilih menjadi manusia keempat menerima ginjal babi kerana tidak layak menerima ginjal manusia disebabkan oleh tekanan darah tinggi serta antibodi tubuh yang tinggi, menyebabkan penolakan organ yang diterima. -Amanz
Topic Berkaitan
#ginjal babi
#Towana Looney
#komplikasi penolakan organ
#ubat anti-penolakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan