NATIONAL
Gold Star nafi bas nahas di Pagoh milik mereka

Gold Star Express Sdn. Bhd menafikan bas yang terbabit dalam kemalangan berhampiran tol Pagoh di bawah pengurusan syarikat mereka. - Gambar fail
Gold Star Express Sdn. Bhd menafikan bas yang terbabit dalam kemalangan meragut 14 nyawa berhampiran tol Pagoh 24 Disember lalu di bawah pengurusan syarikat itu.
Menurut Ketua Penyelia Wilayah Selatan Gold Star Express Sdn. Bhd, Steven Ching, bas terbabit diberikan kepada seorang bekas pengarah syarikat itu pada 2015 yang menubuhkan syarikat baharu
"Siasatan dalaman telah dijalankan dan laporan berhubung siasatan itu telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Rabu lalu," katanya.
Beliau berkata, dalam rombakan ahli lembaga pengarah, seorang daripada empat ahlinya telah menarik diri dan dipersetujui bas dengan nombor pendaftaran AJC6633 diserahkan kepada pengarah terbabit.
"Selepas meneliti tiket daripada beberapa mangsa yang cedera, pihak syarikat mendapati penjualan tiket perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur itu juga bukan dilakukan syarikat kami," jelasnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami