awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
Keadaan banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan berisiko, B40 di kawasan padat penduduk perlu diberi keutamaan vaksinasi

Bernama
Bernama
13/02/2021
12:28 MYT
Golongan berisiko, B40 di kawasan padat penduduk perlu diberi keutamaan vaksinasi
Annuar akan berbincang dengan Khairy dalam masa terdekat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Golongan berisiko dan anggota keluarga B40 yang tinggal di kawasan berkepadatan tinggi seperti pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Katanya, beliau akan berbincang mengenai cadangan itu dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam masa terdekat.
"Kita mengetahui jumlah rakyat asing yang ramai adalah dari Wilayah Persekutuan dan di sektor binaan sahaja ada ratusan ribu pekerja asing.
"Oleh itu, di kawasan padat penduduk, kita menanggung risiko yang tinggi sebab tinggal berjiran dengan pendatang asing dan terbukti berlaku kes yang banyak," katanya pada sidang media di Pusat Sementara Gelandangan Komuniti Sentul Perdana, di sini, hari ini.
Jemaah Menteri sebelum ini bersetuju memperluaskan pemberian vaksin secara percuma kepada semua rakyat asing yang menetap di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#vaksin
#B40
#barisan hadapan
#PPR
#pangsapuri
#keutamaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan