awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan muda P. Pinang digalak ceburi pertanian moden

Bernama
Bernama
09/12/2023
12:53 MYT
Golongan muda P. Pinang digalak ceburi pertanian moden
Kon Yeow berkata, aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi dalam bidang pertanian moden boleh tingkatkan hasil pengeluaran dan menjana pendapatan lumayan. - Gambar fail
BUKIT MERTAJAM: Golongan muda di Pulau Pinang digalak menceburi sektor pertanian moden ke arah usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import seterusnya memastikan sekuriti makanan khususnya di negeri ini terjamin.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi dalam bidang berkenaan bukan saja berupaya meningkatkan hasil pengeluaran malahan turut mampu menjana pendapatan lumayan.
"Sebelum ini mungkin ramai (anak muda) tidak nampak potensi sektor dalam bidang pertanian, penternakan, perladangan mahu pun nelayan tetapi kini sudah masuk era agroteknologi yang mana kita dapat lihat perbezaan ketara dari segi peningkatan hasil di samping menjana pendapatan lebih baik berbanding cara tradisional.
"Tambahan Pulau Pinang merupakan pelabuhan dan hab teknologi justeru saya berharap mereka dapat mengambil peluang dengan menjadikan sektor ini sebagai satu kerjaya dan seterusnya membantu memastikan bekalan makanan di negeri ini mencukupi dan terjamin," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Pulau Pinang (HPPNPP) 2023 dan Eskpo Agorobuddies di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, di sini, pada Sabtu.
Chow dalam pada itu berkata menyedari kepentingan golongan belia dalam bidang pertanian, kerajaan negeri telah menyediakan dua program iaitu Program Petani Pelapis dan Program Tabung Usahawan Tani dalam memperkasakan peranan dalam sektor pertanian di negeri ini.
Selain itu, katanya, sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menerusi Belanjawan Negeri 2024 untuk melaksanakan aktiviti dan program yang menyokong kepada pengukuhan pengeluaran ternakan di negeri ini demi membangunkan sektor agromakanan yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.
HPPNPP 2023 dan Eskpo Agrobuddies berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan berakhir esok dengan bertemakan 'Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan'.
Sementara itu, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Prof. Dr. Ahmad Rashidy Razali berkata Ekspo Agrobuddies diadakan bertujuan melestarikan bidang pertanian untuk masa depan melalui konsep mendekatkan murid sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerusi bengkel tanaman, pertandingan inovasi dalam pertanian serta aktiviti 'agro kids'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertanian moden
#golongan muda
#pulau pinang
#teknologi
#inovasi
#Chow Kon Yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan