awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gombak-Hulu Langat, Stong Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan

Bernama
Bernama
15/11/2022
22:00 MYT
Gombak-Hulu Langat, Stong Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
KeTSA memaklumkan usaha itu seiring dengan Agenda Pembangunan Nasional dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kawasan Gombak-Hulu Langat Geopark dan Stong Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan di bawah Program Pembangunan Geopark.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pengiktirafan itu dibuat pada semalam semasa Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bilangan 2 Tahun 2022.
Menurut KeTSA, pengiktirafan itu merupakan satu lagi pencapaian buat negara khususnya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam memelihara kelestarian alam semula jadi serta pengurusan mampan kawasan berkepentingan yang memiliki nilai geotapak luar biasa.
"Kementerian yakin kerjasama erat dapat memastikan Geopark diurus dengan baik dan mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama di kawasan yang mempunyai kepentingan geologi bagi tujuan penyelidikan saintifik, pendidikan, penjanaan ekonomi penduduk setempat dan pembangunan mampan,'' menurut kenyataan itu.
KeTSA turut memaklumkan usaha itu seiring dengan Agenda Pembangunan Nasional dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Gombak-Hulu Langat Geopark berkeluasan 1,129.55 kilometer persegi dan kaya dengan geotapak pelbagai taraf selain kewujudan kuarza terpanjang di Asia Tenggara, landskap pergunungan serta pembentukan beberapa lembangan daratan.
Stong Geopark pula berkeluasan 2,131.99km persegi dan memiliki kepelbagaian geologi (25 geotapak), kepelbagaian biologi (7 biotapak) serta budaya tempatan (16 tapak budaya) selain penemuan beberapa artifak berupa cengkerang dan tembikar berusia 1,000 hingga 5,000 tahun.
Pengiktirafan Geopark Kebangsaan itu adalah yang ketujuh serta kelapan selepas Lembah Kinta dan Lenggong Geopark di Perak, Jerai Geopark di Kedah, Kinabalu Geopark di Sabah, Labuan Geopark di Labuan dan Sarawak Delta Geopark di Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gombak-Hulu Langat Geopark
#Stong Geopark
#Geopark Kebangsaan
#ketsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan