awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Gemini akan tiba ke Google TV, Android XR, Android Auto dan Wear OS 6

Amanz
Amanz
14/05/2025
07:00 MYT
Google Gemini akan tiba ke Google TV, Android XR, Android Auto dan Wear OS 6
Gemini akan menawarkan fungsi seperti saranan filem dan video pembelajaran di Google TV. -Amanz
ANDA tidak boleh melarikan diri daripada Google Gemini kerana Google mengumumkan kecerdasan buatan (AI) ini akan turut akan tiba pada peranti yang menggunakan sistem operasi Google TV, Android XR, Android Auto, dan Wear OS 6 tahun ini.

Ringkasan AI
  • Google mengumumkan AI Gemini akan diperluas ke pelbagai platform termasuk Google TV, Android XR, Android Auto, dan Wear OS 6 tahun ini.
  • Gemini akan menawarkan fungsi seperti saranan filem dan video pembelajaran di Google TV, ringkasan mesej dan navigasi di Android Auto, serta kawalan suara untuk aktiviti dan muzik di Wear OS 6.
  • Di Android XR, pengguna boleh berinteraksi dengan Gemini Live untuk merancang percutian dan menonton video 3D imersif menggunakan set kepala VR/MR.

Di Google TV, Gemini boleh diseru untuk memberikan saranan filem yang sesuai dengan umur.
Ia juga boleh memberikan sarana video YouTube yang boleh ditonton sekiranya ingin belajar mengenai subjek sains, misalnya.
Pada Android Auto, Gemini boleh memberikan ringkasan mesej yang diterima, memberikan saranan perjalanan ke tempat menarik lengkap dengan navigasi dan mengingati di mana kerana diletakkan.
Seterusnya pada Wear OS 6, kawalan suara boleh digunakan untuk memulakan aktiviti dan menstrim muzik ketika bersenam.
Semuanya dilakukan dengan arahan suara sepenuhnya. Pada Android XR yang akan dilancarkan bersama set kepada Samsung Projek Moohan akhir tahun ini pula, interaksi dengan Gemini Live boleh dilakukan.
Pengguna boleh meminta Gemini memberikan senarai lokasi menarik untuk bercuti.
Kemudian dengan arahan suara mereka boleh terus menonton video 3D imersif yang menggunakan kemampuan VR/MR set kepala. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#AI Gemini
#Android Auto
#Wear OS 6
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan