GOOGLE mematikan sementara ciri menjana imej manusia menggunakan Gemini berikutan rungutan yang diberikan oleh pengguna.
Antara isu yang diutarakan ialah imej yang dijana tidak menepati sejarah dan didakwa menyentuh isu perkauman.
Berdasarkan perkongsian yang dikongsi di media sosial, Gemini menjana imej bangsa Viking tetapi berkulit hitam yang berjauhan dengan realiti sebenar.
Gemini masih boleh menjana imej selain manusia. Pada ketika ini Google sedang melakukan perubahan pada Gemini bagi menyelesaikan isu ini. Mereka tidak pula berkongsi bilakah ciri menjana imej akan dikembalikan.
Sejak dari awal pengenalan AI generatif yang menjana imej lagi pelbagai isu mengenai penggunaannya timbul.
Di Malaysia tindakan agensi kerajaan menggunakannya untuk menghasilkan gambar serta video sempena Tahun Baru Cina menerima kritikan hebat penggiat seni kreatif.
Pada masa sama, semalam, wujud surat terbuka yang menggesa kerajaan dunia mengawal penggunaan AI generatif yang boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat yang telah ditandatangani ratusan ahli akademik, aktivis dan pakar. -Amanz
Amanz
Fri Feb 23 2024
Antara isu yang diutarakan ialah imej yang dijana tidak menepati sejarah dan didakwa menyentuh isu perkauman.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
AWANI Ringkas: Media Malaysia tidak bincang isu sensitif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
Indeks Kebebasan Media: Tidak wajar guna acuan mana-mana negara - Ahmad Zahid
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) tidak seharusnya menggunakan acuan mana-mana negara sebagai piawaian.
OIC mesti bertindak banteras Islamofobia, hipokrasi Barat - Menteri Luar Negeri
Tindakan parti politik berhaluan kanan, pemimpin agama dan entiti negara-negara Barat yang membakar sentimen Islamofobia merupakan sikap hipokrasi dan dwistandard yang memalukan.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian
Seorang pempengaruh media sosial menjual sebuah van klasik, Volkswagen Kombi dengan harga mencecah RM200,000.
Anda kini boleh cuba bersembang dengan Gemini pada Google Message di Malaysia
Kini, Gemini membenarkan pengguna bersembang untuk bantu cipta senarai, rancang perjalanan dan dapatkan fakta lain dengan mudah dan pantas.
Tiga cara AI generatif akan ubah cara kita bekerja tahun ini
Penggunaan AI generatif dijangka memberi kesan cukup besar terhadap perniagaan kecil dan sederhana, syarikat besar dan pekerja freelance.
Google matikan ciri jana imej manusia pada Gemini
Antara isu yang diutarakan ialah imej yang dijana tidak menepati sejarah dan didakwa menyentuh isu perkauman.
Google Bard dijenama menjadi Gemini, boleh guna sebagai pembantu maya peranti Android
Ia boleh melakukan pelbagai tugasan seperti melakukan carian maklumat, menghasilkan kapsyen untuk gambar, menghasilkan kod untuk perisian, dan mencadangkan idea.
Bard mungkin menjadi Gemini 7 Februari ini
GOOGLE nampaknya akan menjenamakan semula nama ciri AI generatif mereka Bard kepada Gemini agar selari dengan model bahasa raya mereka.
Google lancar Gemini, didakwa model AI terbesar dan paling berkuasa
Gemini ialah model AI yang terbesar dan paling berkuasa pernah dibangunkan oleh Google dengan bantuan DeepMind dan Google Research.
Google tangguh pelancaran model AI Gemini ke tahun hadapan
Antara isu yang dihadapi dengan Gemini ialah ia belum mampu memberikan jawapan yang memuaskan kepada soalan yang ditanya bukan dalam Bahasa Inggeris.