awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google mula benarkan pembangun aplikasi guna Gemini Nano

Amanz
Amanz
03/10/2024
04:30 MYT
Google mula benarkan pembangun aplikasi guna Gemini Nano
Dengan akses kepada SDK ini, pembangun kini boleh mengintegrasikan ciri AI generatif pada aplikasi masing-masing dan memanfaatkan Android AICore berserta Gemini Nano yang ada pada peranti. -Amanz
GOOGLE Gemini adalah teknologi kecerdasan buatan generatif tersendiri yang cukup berkuasa.

Ringkasan AI
  • Google Gemini adalah teknologi kecerdasan buatan generatif yang berkuasa, dengan model seperti Advance untuk pengguna berbayar dan Nano untuk pemprosesan dalam peranti melalui Android AICore.
  • Google telah membuka akses AI Edge SDK kepada semua pembangun aplikasi Android, membolehkan mereka mengintegrasikan ciri AI generatif dalam aplikasi mereka dan memanfaatkan Gemini Nano untuk pemprosesan pantas tanpa memerlukan akses internet.
  • Ciri-ciri AI generatif yang boleh dimanfaatkan termasuk menulis semula teks, membalas teks dengan pintar, membantu membaca dan membaiki ejaan atau tatabahasa yang salah, serta merumuskan kandungan. Ini akan menjadikan aplikasi lebih pintar dan berfungsi dengan lebih efisien.

Modelnya dipecahkan kepada pelbagai kategori seperti Advance untuk berbayar atau Nano untuk pemprosesan dalam peranti melalui Android AICore.
Gemini Nano membolehkan ciri AI generatif diproses dengan lebih pantas. Namun, ia terhad kepada aplikasi terpilih.
Terbaharu, Google membuka akses AI Edge SDK untuk semua pembangun aplikasi Android.
Dengan akses kepada SDK ini, pembangun kini boleh mengintegrasikan ciri AI generatif pada aplikasi masing-masing dan memanfaatkan Android AICore serta Gemini Nano yang ada pada peranti Samsung atau Pixel untuk memastikan ciri AI boleh diproses dengan lebih pantas dan tanpa memerlukan akses internet.
Antara ciri yang boleh dimanfaatkan adalah menulis semula teks, membalas teks dengan pintar, membantu membaca dan membaiki ejaan atau tatabahasa yang salah, serta merumuskan kandungan.
Ini bermakna, pada masa akan datang, aplikasi-aplikasi kegemaran anda boleh mempunyai ciri yang lebih pintar. Mana tahu, WhatsApp mungkin akan menawarkan ciri Galaxy AI untuk semua peranti Android.
Mungkin aplikasi permainan boleh mempunyai pengulas yang menyampaikan kejayaan atau kegagalan ketika bermain, berdasarkan skor yang direkod.
Sama-sama kita nantikan masa depan aplikasi biasa diintegrasikan dengan AI generatif. -Amanz
Topic Berkaitan
#AI Generatif
#Android AICore
#SDK
#Gemini Nano
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan