awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB adakan mesyuarat tergempar isu pengiktirafan Somaliland oleh Israel
Perak tambah peruntukan Perak Pawsitive Initiative kepada RM0.3 juta
Pelakon legenda Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Play Protect akan mempunyai model sekuriti lebih ketat untuk muat sisi APK

Amanz
Amanz
09/07/2024
09:15 MYT
Google Play Protect akan mempunyai model sekuriti lebih ketat untuk muat sisi APK
Sistem YARA boleh menjejak pelbagai kategori atau jenis perisian hasad secara serentak berbanding sistem sekarang. -Amanz
GOOGLE Play Protect adalah sistem sekuriti terbina dalam Google Play Store. Ia melindungi pengguna baik di luar dan di atas talian. Misalnya setiap kali pemasangan aplikasi dilakukan sama ada dari Play Store atau APK, ia akan mengimbas jika aplikasi tersebut ada sebarang perisian hasad ataupun tidak. Terbaharu, model sekuriti pada Play Protect akan dikemas kini dengan sistem baharu.
Sejak tahun lepas, sistem Play Protect telah dipertingkatkan sehingga ia boleh mengimbas kod APK sebelum pemasangan. Dalam Play Store versi 41.7.16, Google telah mengintegrasikan model sekuriti YARA. Sistem ini boleh menjejak pelbagai kategori atau jenis perisian hasad secara serentak berbanding sistem sekarang yang menjejak secara individu. Kemas kini baharu ini adalah untuk keselamatan pengguna ketika muat-sisi APK tanpa sambungan internet. Buat masa sekarang ia masih di peringkat ujian dan tidak pasti bila ia akan diaktifkan untuk semua pengguna. Kebiasaannya, ia akan tiba dalam kemas kini Play Store sekitar beberapa minggu ke beberapa bulan selepas ciri ini ditemui. Sama-sama kita nantikan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google Play Protect
#Yara
#kod APK
#model sekuriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan