awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX dilapor pertimbang gabung syarikat bersama Tesla
Kampung Angkat MADANI: KPKT siapkan projek pembangunan di Kampung Tok Kepak
Valve berdepan saman £656 juta di UK atas tuduhan manipulasi pasaran permainan video
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Veo 3 kini jana video menegak dengan resolusi 1080p

Amanz
Amanz
09/09/2025
04:00 MYT
Google Veo 3 kini jana video menegak dengan resolusi 1080p
Google Veo 3 kini menyokong penjanaan video menegak pada nisbah 9:16 dan resolusi HD penuh 1080p, sesuai untuk platform seperti TikTok dan YouTube Shorts. -Amanz
Google mengemas kini kecerdasan buatan (AI) generatif Veo 3 mereka dengan ia kini boleh menjana video menegak serta menyokong resolusi 1080p. Selain itu kos untuk menjana video juga dikurangkan berbanding sebelum ini.

Ringkasan AI
  • Google Veo 3 kini menyokong penjanaan video menegak pada nisbah 9:16 dan resolusi HD penuh 1080p, sesuai untuk platform seperti TikTok dan YouTube Shorts.
  • Kos penjanaan video dikurangkan kepada $0.40/saat untuk model biasa dan $0.15/saat untuk model Veo 3 Fas.
  • Veo 3 bukan sahaja menjana video realistik tetapi turut menghasilkan audio yang sepadan, menjadikannya lebih berdaya saing dalam pasaran AI generatif.

Video menegak yang dijana adalah pada nisbah 9:16. Ini membolehkan ia digunakan untuk kandungan seperti YouTube Shorts, Instagram Stories dan TikTok.
Untuk mengubah janaan menjadi menegak, pilih tetapan “aspect ratio” dalam tetapan parameter. Mengubah resolusi video ke HD penuh juga perlu dilakukan menerusi tetapan yang yang sama.
Kos menjadi video menggunakan model Veo 3 kini ialah $0.40/sesaat berbanding $0.75/s. Sementara itu menggunakan model Veo 3 Fas pula ia kini $0.15/s berbanding $0.40/s.
Google Veo 3 diumumkan ketika Google I/O pada bulan Mei lalu dengan ia bukan sahaja boleh menjana video yang kelihatan realistik tetapi turut menjana audio yang berpadanan dengannya. -Amanz
Topic Berkaitan
#AI Generatif
#Veo 3
#resolusi HD penuh 1080p
#video menegak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan