awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPMS sokong isu SJKC dibincang pada perhimpunan agung UMNO

Bernama
Bernama
08/10/2014
23:42 MYT
GPMS sokong isu SJKC dibincang pada perhimpunan agung UMNO
GPMS mencadangkan agar perkara isu SJKC menjadi antara agenda penting untuk dibincangkan pada perhimpunan agung itu. -Gambar fail
Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan menyokong tindakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara Mohamed Azli Mohemed Saad yang mencadangkan isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dibincangkan pada perhimpunan agung Umno bulan depan.
Presidennya Syed Anuar Syed Mohamad berkata pihaknya mencadangkan agar perkara itu menjadi antara agenda penting untuk dibincangkan pada perhimpunan agung itu.
"Kami hairan mengapa MCA bimbang mengenai cadangan isu itu dibahaskan sehingga perlu meminta pihak polis siasat atas alasan akan berlaku ketegangan kaum selain dikatakan bercanggah dengan perlembagaan negara.
"Sehubungan itu Alumni GPMS Kebangsaan menggesa Pengerusi Biro Harmoni Agama MCA, Datuk Ti Lian Ker memperincikan butiran yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang didakwanya bercanggah berkaitan perkara itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syed Anuar yang juga setiausaha agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) berkata cadangan penghapusan sekolah vernakular tidak sepatutnya dilihat sebagai menafikan hak sesuatu kaum untuk mengajar dan mempelajari bahasa ibunda mereka sebaliknya usaha itu lebih kepada penggunaan bahasa kebangsaan selain merapatkan hubungan antara kaum yang jurangnya kian melebar.
Topic Berkaitan
#GPMS
#Mohamed Azli Mohemed Saad
#SJKC
#Syed Anuar Syed Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan