Universiti Malaya (UM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang graduan institusi itu yang menunjukkan tanda protes sejurus menerima skrol ijazah sarjana muda di atas pentas, pada sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59, pagi Isnin.
Menyifatkan ia satu kelakuan biadab dan tidak dapat diterima sama sekali, institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu menegaskan, ia jelas tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol dan kelancaran majlis.
"Ia juga telah mencemarkan nama baik Universiti Malaya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, juga para graduan dan seluruh warga UM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, sebagai sebuah universiti yang diiktiraf dunia selaku antara yang terbaik, UM sentiasa mendukung prinsip kebebasan bersuara.
Bagaimanapun, katanya, sebagai IPT yang menggalas amanah untuk mendidik generasi masa depan, UM percaya apa jua tindakan berlandaskan prinsip tersebut perlu dilakukan pada tempat dan dengan cara yang betul.
"Adalah menjadi tanggungjawab universiti juga bagi memastikan para mahasiswa yang kami asuh dan didik bukan sahaja akan menjadi individu yang berpengetahuan.
"Tetapi, lebih penting lagi, dapat memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk menjadi insan yang terdidik dan berakhlak serta menghormati prinsip ‘kesopanan dan kesusilaan’ dan arif akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat dan warga sebuah Negara berperlembagaan.
"Justeru, kelakuan yang beliau tunjukkan dalam sebuah istiadat rasmi yang dibuka secara rasminya oleh Tuanku Canselor UM pada sidang pertama pagi Sabtu lalu dan diteruskan dengan perkenan Baginda sehingga sidang terakhir Rabu ini nanti, serta dihadiri oleh tetamu kenamaan, para pensyarah dan para graduan yang diraikan serta ibubapa mereka tadi adalah biadab dan tidak dapat diterima sama sekali," kata UM.
BACA : Biadab! Graduan protes di pentas konvo
BACA : Pelajar UM boleh jumpa Naib Canselor jika tidak puas hati - Maszlee Malik
Dalam kejadian pada Isnin, graduan lelaki tersebut telah menjerit di atas pentas sambil memegang kertas melaungkan "undur VC" dan "ini tanah Malaysia" sebaik menerima skrol.
Perbuatannya itu telah dirakam dan menjadi tular di media sosial.
Sehubungan itu, pihak universiti telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya.
Asyraf Roslan
Tue Oct 15 2019
Graduan protes di pentas majlis istiadat konvokesyen tular di media sosial. Foto Sinar Harian / Twitter Hazwan Syafiq
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Banjir Kedah: Bomba selamatkan 28 orang mangsa terperangkap di Baling
Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan 28 orang mangsa banjir selepas rumah mereka di Kampung Banggol Derom, di Baling dinaiki air.
Majikan di Johor perlu beri masa cukup untuk solat Jumaat
Majikan di Johor diminta mematuhi titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail agar memberi ruang dan masa mencukupi kepada pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat.
[KOLUMNIS] Isu bahasa: Kritikan perlu berasas
Kritikan terhadap ucapan Anwar dalam Majlis Perasmian Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) 2024 ini sebenarnya adalah tidak perlu.
Belanjawan 2025: Perlu fokus pembangunan hiliran di Sabah dan Sarawak
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Invest Sabah Berhad, Dr. Firdausi Suffian, penstrukturan ini penting untuk memastikan kedua-dua negeri dapat bersaing secara kompetitif, bukan sahaja di peringkat nasional, malah di arena serantau.
[TERKINI] Malaysia boleh capai status berpendapatan tinggi menjelang 2028
Bank Dunia menjangkakan Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2028, seperti dalam unjuran 2021 sebelumnya bahawa ia akan berlaku antara 2024 dan 2028.
[TERKINI] Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan Malaysia ke 4.9 peratus
Faktor domestik dan luaran menyokong unjuran pertumbuhan yang dinaik taraf susulan ekonomi global menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan enam bulan lalu.
Hukuman gantung kes bunuh jutawan kosmetik Sosilawati kekal
Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas peguam dan seorang lagi pekerja ladang kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya pada 14 tahun lalu pada Selasa.
Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan Malaysia ke 4.9 peratus
Faktor domestik dan luaran menyokong unjuran pertumbuhan yang dinaik taraf susulan ekonomi global menunjukkan prestasi yang lebih baik.
Pekerja sambilan tokong didakwa tawar pelaburan tidak wujud lebih RM300,000
Seorang pekerja sambilan di sebuah tokong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menawarkan pelaburan tidak wujud.
Pegawai kementerian Israel buang air kecil di lokasi pembunuhan 5 rakyat Palestin
Dengan kehadiran ramai pegawai polis dan penduduk tempatan, pegawai kanan itu secara terbuka membuang air kecil.
Jenaka Jocelyn Chia tidak sensitif, biadab - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata, tidak ada manusia yang waras dan rasional boleh menerima jenaka yang memperlekeh, menghina dan mempersenda itu.
Kes Batu Puteh: Biadab pun biadablah, saya cakap benar - Tun M
Katanya, beliau hanya bercakap mengenai apa yang sememangnya berlaku, termasuk soal kedaulatan negara.
Buka Parlimen: Kenyataan Peguam Negara tidak beradab, perlu dipecat - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden PH berpandangan, kenyataan Idrus melampaui batas adab kerana memperkecil dan memperlekehkan titah pandangan Raja-Raja Melayu.
Serang masjid di Palestin: Inilah kebiadaban Israel, tegas Dr Mahathir
Tindakan itu juga menunjukkan negara tersebut tidak langsung menghormati rumah ibadat agama lain.
Perkataan rasis, biadab dilarang di Dewan Rakyat - Speaker
Semua wakil parti sebulat suara bersetuju untuk memastikan perkataan berbaur hasutan, rasis, biadab dan seksis tidak lagi digunakan dalam Dewan Rakyat.
Petugas AVSEC biadab: Malaysia Airports mohon maaf, ambil tindakan tatatertib
Malaysia Airports berkata pihaknya telah menjalankan siasatan segera setelah menerima maklumat kejadian itu, selain turut mengesahkan kejadian berkenaan adalah seperti yang dilaporkan.
Graduan protes: UM perlu tarik balik laporan polis - Maria Chin
Maria mengutuk tindakan membuat laporan polis kerana ia bersifat keterlaluan serta menyebabkan persepsi negatif terhadap nama baik UM yang sepatutnya menggalakkan dan melindungi kebebasan bersuara.
Boleh demonstrasi, tapi bukan pada majlis konvo - Dr Mahathir
Tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, graduan perlu mematuhi prosedur, protokol dan undang-undang yang telah ditetapkan pihak universiti.
Graduan biadab, UM buat laporan polis
Menyifatkan ia satu kelakuan biadap dan tidak dapat diterima sama sekali, UM menegaskan, ia jelas tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol dan kelancaran majlis.