awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Graduan CQA pemangkin kecemerlangan jaminan kualiti pendidikan tinggi

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2025
10:41 MYT
Graduan CQA pemangkin kecemerlangan jaminan kualiti pendidikan tinggi
Seramai 23 pegawai jaminan kualiti daripada pelbagai institusi diraikan pada majlis graduasi kali ini, menjadikan jumlah keseluruhan graduan CQA kini seramai 124 orang sejak program itu diperkenalkan sejak tahun 2020.
KUALA LUMPUR: Program Certified Officer in Quality Assurance of Higher Education (CQA) berjaya mempersiap pegawai jaminan kualiti di institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk membantu institusi masing-masing dalam menyediakan program pengajian yang dinamik, lestari dan relevan.
Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Datuk Seri Zaini Ujang, berkata kejayaan graduan CQA mencerminkan peranan MQA bukan sekadar sebagai badan kawal selia, tetapi juga sebagai rakan strategik yang membantu IPT memperkukuh tadbir urus jaminan kualiti.
Katanya, peningkatan penyertaan program itu membuktikan keyakinan sektor pendidikan tinggi terhadap peranan MQA dalam memacu kecemerlangan pendidikan negara.
“Graduan CQA bukan sekadar lulusan program ini, tetapi duta jaminan kualiti yang akan menjadi pemacu budaya kecemerlangan di institusi masing-masing.
"Kejayaan hari ini pula bukan penamat, sebaliknya permulaan kepada perjalanan besar dalam mengangkat mutu pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih gemilang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Graduasi Certified Officer in Quality Assurance of Higher Education (CQA) 2025, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof Ts M Iqbal Saripan; Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Mohamad Dzafir Mustafa; Pengarah Kanan Jaminan Kualiti, Khairul Nizam Ibrahim dan Pengarah Pusat Latihan Jaminan Kualiti Malaysia (MQATC), Abdul Saman Taip.
Seramai 23 pegawai jaminan kualiti daripada pelbagai institusi diraikan pada majlis graduasi kali ini, menjadikan jumlah keseluruhan graduan CQA kini seramai 124 orang sejak program itu diperkenalkan sejak tahun 2020.
Sementara itu, Mohammad Shatar berkata, CQA terus mencatat sambutan luar biasa apabila pendaftaran bagi sesi 2025 menunjukkan peningkatan penyertaan hampir 30 peratus berbanding tahun lalu.
Beliau berkata, peningkatan itu menunjukkan kesedaran dan komitmen tinggi IPT terhadap usaha memperkukuh kefahaman serta kepakaran kakitangan dalam bidang jaminan kualiti pendidikan tinggi.
Katanya, graduan program CQA memainkan peranan penting sebagai wakil institusi masing-masing dalam memastikan pematuhan terhadap standard jaminan kualiti di samping menjadi agen penambahbaikan berterusan.
“Graduan CQA bukan sahaja dilatih untuk memahami prinsip jaminan kualiti, tetapi juga untuk mengamalkannya sebagai budaya kerja di institusi mereka.
"Menjelang tahun 2030, MQA menyasarkan untuk melahirkan 200 graduan CQA bagi memperkukuh pelaksanaan jaminan kualiti di seluruh institusi pendidikan tinggi negara,” katanya.
Topic Berkaitan
#MQA
#CQA
#Zaini Ujang
#Mohammad Shatar Sabran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan