Para graduan di negeri ini perlu mengejar peluang pekerjaan yang ada di samping tidak mengenepikan pengetahuan dalam bidang digital yang begitu meluas ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan berkata persediaan rapi juga perlu ada dalam diri setiap graduan agar mereka tidak kekok dengan tugasan yang diberikan kelak.
Menurutnya, perkara itu penting dalam menonjolkan kemahiran serta membuktikan keyakinan kepada majikan masing-masing yang para graduan amat bersedia untuk berada dalam industri.
"Sekarang ini banyak perkara terkait dengan teknologi terkini dan para graduan perlulah mempersiapkan diri, selain itu perkara yang paling penting adalah pengetahuan graduan berkaitan latar belakang syarikat serta skop tugasan yang dipohon di sesebuah perusahaan.
"Pemohon harus bersedia dengan membuat kaji selidik berkaitan latar belakang majikan. Pengetahuan mengenai syarikat yang dipohon penting kerana ia membantu graduan memperoleh peluang untuk diterima bekerja," katanya pada Karnival Kerjaya Johor Bestari 2019 bersempena Festival Roda dan Gincu di Dataran Tangkak, di sini pada Sabtu.
Menurut beliau, antara penyebab ramai graduan menganggur adalah kerana terlalu memilih kerja dengan begitu taksub untuk bekerja dalam bidang yang mereka minati sahaja.
Jelasnya tidak salah sekiranya para graduan mengambil peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka walaupun ia tidak selari dengan kelulusan.
"Seharusnya setiap peluang yang ada perlulah direbut, di mana bekerja bukan mengikut kelulusan ini sebenarnya menambah pengetahuan, sekali gus mempunyai pengalaman yang tersendiri," katanya.
Dalam pada itu, karnival berkenaan menawarkan sebanyak 1,783 peluang pekerjaan dan setakat hari ini, seramai 63 graduan telah mendapat pekerjaan semasa karnival berlangsung.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 03 2019
AMINOLHUDA: Pemohon harus bersedia dengan membuat kaji selidik berkaitan latar belakang majikan. - Gambar fail
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Bapa mentua Aminolhuda meninggal dunia akibat strok
Bapa mentua kepada Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan meninggal dunia akibat strok, di Hospital Sultanan Aminah (HSA) di sini pagi tadi.
Jawatankuasa induk jentera pilihan raya PH Johor dibentuk
Jawatankuasa itu akan diketuai Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan bagi menghadapi PRK kedua kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.
Amanah Johor harap anak tempatan jadi calon PRK
Aminolhuda berkata, perkara tersebut antara yang dicapai hasil mesyuarat yang diadakan bersama pimpinan Amanah negeri.
Muhyiddin mohon peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen bantu mangsa banjir
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencadangkan supaya jumlah bantuan berkenaan dinaikkan.
PRU15: Wujudkan polisi pengambilan pekerja asing - Calon
Syarikat industri turut digesa mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding warga asing.
PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.
PRN Johor: PH umum tiga teras tawaran kepada rakyat Johor
Ia masing-masing melibatkan teras membina semula ekonomi rakyat; menjamin kesejahteraan rakyat; serta mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah.
PH Johor, MUDA bincang kerjasama hadapi PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beri laluan hingga akhir penggal, PRN Johor dalam masa terdekat tidak wajar
Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan, kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad itu disaran untuk terus mentadbir jentera kerajaan sehingga akhir penggal.
18 kerusi DUN Johor 'ditinggalkan' Bersatu akan dibahagi secara muafakat dalam PH
Sebuah jawatankuasa pengagihan kerusi DUN antara Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sudah ditubuhkan di peringkat negeri.