awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua Bernama Radio Azlan Idris meninggal dunia
JDT menang tipis 2-1, Natxo Insa dilayangkan kad merah
Runtuhan tapak pelupusan sampah di Filipina: Angka kematian meningkat kepada 20 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GRS menang di Karanaan, PH tawan Melalap - SPR

Bernama
Bernama
29/11/2025
15:30 MYT
GRS menang di Karanaan, PH tawan Melalap - SPR
Ramlan berkata pihaknya masih menunggu keputusan bagi 71 lagi Bahagian Pilihan Raya Negeri, yang akan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) di seluruh Sabah. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan dan Melalap menjadi dua kerusi pertama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ringkasan AI
  • Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan dan Melalap merupakan dua kerusi pertama yang diumumkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  • Pengerusi SPR Malaysia, Datuk Seri Ramlan Harun, menyatakan bahawa proses penjumlahan undi memakan masa lebih lama disebabkan persaingan calon, faktor geografi, dan logistik di kawasan pedalaman Sabah.
  • Untuk membentuk kerajaan negeri di Sabah, majoriti mudah yang diperlukan ialah 37 kerusi daripada jumlah keseluruhan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Pengerusi SPR Malaysia Datuk Seri Ramlan Harun berkata pihaknya masih menunggu keputusan bagi 71 lagi Bahagian Pilihan Raya Negeri, yang akan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) di seluruh Sabah.
"SPR ingin memaklumkan bahawa proses penjumlahan undi mengambil masa sedikit masa yang lebih panjang berikutan persaingan calon beberapa penjuru, di samping faktor muka bumi dan logistik di beberapa kawasan pedalaman untuk membawa peti undi ke pusat penjumlahan rasmi undi (PPRU).
"SPR memberi jaminan untuk mengendalikan proses penjumlahan rasmi undi ini berjalan dengan telus, cekap dan mengikut lunas undang-undang. Keputusan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabah mempunyai sebanyak 73 kerusi DUN dan untuk membentuk kerajaan negeri, majoriti mudah yang diperlukan ialah 37 kerusi.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#peti undi
#majoriti mudah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan