awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GTP 2.0 pastikan cadangan pembiayaan politik dipersetujui semua parti politik

Bernama
Bernama
07/06/2013
10:13 MYT
GTP 2.0 pastikan cadangan pembiayaan politik dipersetujui semua parti politik
Kerajaan akan berusaha untuk memastikan semua parti politik memberi persetujuan terhadap cadangan berhubung pembiayaan politik di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.
Beliau berkata setakat ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi persetujuan bagi pihak Barisan Nasional (BN), .
"Hingga kini, kami cuba berbincang dengan pembangkang untuk menggalakkan mereka memberi persetujuan terhadap cadangan itu dan berharap mereka akan berbuat demikian.
"Sebenarnya, kami telah memperkenalkannya dalam GTP 1.0, kami percaya ia suatu usaha baik, tapi untuk menggerakkan cadangan ini, kami memerlukan sokongan kedua-dua pihak," katanya kepada pemberita di luar Konvensyen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini Jumaat.
Idris berkata cadangan itu merupakan usaha yang baik ke arah meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam proses pembiayaan politik melalui peraturan yang diperkenalkan kepada parti politik.
Mengawal selia pembiayaan politik ialah antara syor yang dikemukakan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah kepada SPRM.
Konvensyen dua tahun sekali selama lima hari itu, yang bertemakan 'Menjana Set Minda Transformasi', berakhir pada Isnin. Ia turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Idris Jala
#gtp2.0
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan