MALAYSIA
Guan Eng nafi letak jawatan

Lim Guan Eng menafikan khabar angin beliau akan melepaskan jawatannya sebagai menteri itu. -Gambar fail
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan khabar angin beliau akan melepaskan jawatannya sebagai menteri itu.
"Sudah tentu tidak," jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita selepas taklimat cukai SST bersama media hari ini.
Jawapan Guan Eng sekali gus menamatkan spekulasi yang tersebar sejak sebulan lalu.
"Saya tidak tahu apa motif. Ada yang kata Tabung Harapan dihentikan 30 September, ada yang kata saya nak letak jawatan," katanya sambil tersenyum.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami