awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gudang terbakar, enam pekerja berjaya diselamatkan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
15/01/2021
21:49 MYT
Gudang terbakar, enam pekerja berjaya diselamatkan
Kebakaran memusnahkan sepenuhnya dua buah gudang iaitu gudang penyimpan gas LPG dan gudang penyimpan perkakasan mesin. - Foto JBPM KL
KUALA LUMPUR:Enam individu mengalami detik cemas selepas gudang tempat mereka bekerja mengalami kebakaran di Jalan Gempita 7, Taman Salak Selatan, ibu negara, tengah malam tadi.
Dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.46.
Seramai 62 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling, BBP Sungai Besi, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Bukit Jalil, BBP Bandar Tun Razak, BBP Cheras dan BBS Desa Petaling digerakkan ke lokasi.
"Kebakaran itu memusnahkan sepenuhnya dua buah gudang iaitu gudang penyimpan gas LPG dan gudang penyimpan perkakasan mesin.
"Anggota yang melakukan pencarian berjaya menemui enam pekerja lelaki dan membawa mereka keluar dari tempat kejadian.
"Mereka terdiri daripada empat warganegara dan dua warga asing," katanya.
Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk rawatan dan tindakan selanjutnya.
Kebakaran berjaya dikawal pada 2.53 pagi. Punca kejadian sedang disiasat.
Topic Berkaitan
#bomba
#pusat gerakan operasi
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#warga asing
#lelaki
#gudang
#kebakaran
#Taman Salak Selatan
#gas lpg
#perkakasan mesin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan