KUALA LUMPUR:Pelanggan perkhidmatan telekomunikasi terutamanya pelajar, guru dan ibu bapa disaran menggunakan peruntukan 1GB data percuma setiap hari atau 30GB data percuma sebulan, sebaik-baiknya bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan data Internet percuma sejak April tahun lepas itu adalah tambahan kepada pakej langganan data sedia ada, yang boleh digunakan untuk mengakses platform sidang video.
Tawaran 1GB data percuma setiap hari atau 30GB sebulan itu dilanjutkan sehingga 30 April ini, juga dapat membantu menguruskan bahan pengajaran menerusi e-mel sepanjang hari tanpa sekatan waktu.
"Data percuma itu tidak terpakai untuk melayari media sosial, penstriman video, permainan dalam talian dan penstriman muzik.
"MCMC sentiasa mengalu-alukan bantuan daripada syarikat pemberi perkhidmatan yang prihatin untuk turut sama membantu menjayakan PdPR, iaitu Celcom, Digi, Maxis, UMobile dan Telekom Malaysia (TM)," menurut kenyataan itu.
BACA: PdPR: Internet lemah, pelajar tidak pernah sertai kelas
BACA: Beri peluang pelajar, guru biasakan PdPR
Selain itu, pihak industri telekomunikasi juga menyediakan pakej langganan khas untuk pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bermula 6 Jan lepas hingga akhir April ini.
Memperincikan perkara itu MCMC berkata pakej prabayar oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan TM ini menawarkan pas data 15GB dengan harga serendah RM20 sebulan.
"Pengguna pakej ini turut dapat menikmati peruntukan 1GB data percuma tambahan setiap hari seperti pelanggan pakej lain," katanya.
BACA: PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
BACA: Kurangkan subjek semasa PdPR untuk kurangkan stres murid dan guru
Sementara itu, YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL) turut sama melanjutkan inisiatif Learn From Home (LFH) sehingga 30 April 2021, yang turut merangkumi penuntut IPT.
"Pakej istimewa ini menyediakan kad SIM percuma dengan data sebanyak 40GB, kandungan percuma dan telefon percuma untuk pelajar daripada keluarga B40," menurut MCMC.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 02 2021

Murid Tahun Satu SK Kiaramas Baihaqi Rizqi Mohd Safwan mengikuti aktiviti Program Transisi Murid Tahun Satu melalui sesi PdPR berikutan PKP. --fotoBERNAMA

Warisan | Surat letak jawatan adun sebatik digunapakai
Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan menghantar surat peletakan jawatan Hassan A. Gani Pangiran Amir kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, sebagai mengotakan ikrarnya untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN Sebatik jika melompat parti.

Perikatan Nasional | Dakwaan Muhyiddin sebagai puppet Tun M tidak benar
Dakwaan mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai puppet atau boneka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggerakkan agenda tersendiri adalah tidak benar sama sekali.

Perikatan Nasional | Kerajaan PN terus berfungsi walaupun mencabar
Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mampu menguasai keseimbangan dari sudut politik, ekonomi dan sosial meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh setahun pentadbiran Perikatan Nasional. Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, meskipun berhadapan dalam keadaan sukar, perdana menteri tetap berupaya membawa kepada penyatuan parti politik.

Lelaki rentung kebakaran di perumahan setinggan
Seorang lelaki berusia 48 tahun maut dalam insiden melibatkan perkampungan setinggan di Taman Pandan Jaya pada Isnin malam.

10 Berita Pilihan - (01 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
10 berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Mac 2021.

Consider This: Perikatan Nasional (Part 1) - How To Measure Success?
March 1st marks one year of Tan Sri Muhyiddin as the 8th Prime Minister of Malaysia, after the parliamentary coup that ousted the Pakatan Harapan government - infamously known as the ‘Sheraton Move’. In the past year, Malaysia has had to grapple with the triple-threat of health, political, and economic crises. How has the Perikatan Nasional government fared in its first year? Melisa Idris and Sharaad Kuttan speak to political scientist Wong Chin Huat.

PSR: Kerajaan Pulau Pinang lulus sagu hati RM500 untuk nelayan
Bayaran akan mula dibuat pada minggu ini bagi mereka yang telah mendaftarkan maklumat dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).

Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki
Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, pendirian beliau adalah jelas.

PKP lanjut atau tidak, pengumuman mengenainya dijangka esok - Azmin Ali
Ia akan diputuskan selepas dibincangkan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada petang Isnin.

Beza tandatangan digital dengan elektronik dalam menentusahkan identiti penandatangan dokumen
Operasi dan transaksi perniagaan semestinya perlu diteruskan demi menjaga kelangsungan perniagaan yang telah diusahakan sekian lama.

Penubuhan SPV demi pastikan liputan diperbaiki, syarikat penyedia tidak terbeban - MCMC
Pada masa sama penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.

SPV untuk pastikan pelaksanaan 5G lebih pantas - Saifuddin
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengedaran spektrum teknologi generasi kelima (5G) menerusi Syarikat Bertujuan Khas (SPV) untuk memastikan proses tersebut berjalan dengan pantas.

MCMC turun padang tangani isu capaian internet di 6 kawasan di 4 negeri
MCMC terus berusaha menangani masalah capaian Internet di seluruh negara bagi memastikan rakyat dapat menikmati perkhidmatan internet yang berkualiti dengan melaksanakan tinjuan di lokasi aduan.

KPT kerjasama dengan MCMC beri kesedaran berkaitan isu sosial, siber
Tindakan berkaitan perlu diambil bagi menangani isu pelajar IPT yang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral untuk mencari 'sugar daddy'.

Keselamatan internet negara masih dalam keadaan terkawal
Ancaman siber adalah perkara yang berlaku setiap hari, bukan hanya di Malaysia, satu dunia berdepan masalah sama.

MCMC arah syarikat kurier beri penjelasan isu baling barang pelanggan
MCMC memandang serius insiden sekumpulan pekerja sebuah syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan yang tular baru-baru ini.

MCMC arah syarikat kurier beri penjelasan isu baling barang pelanggan
MCMC memandang serius insiden sekumpulan pekerja sebuah syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan yang tular baru-baru ini.

MCMC turun padang tangani masalah internet
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus mempertingkatkan usaha menangani masalah capaian Internet yang dihadapi penduduk di seluruh negara.

MCMC pertingkat usaha tangani masalah capaian internet
MCMC terus mempertingkat usaha menangani masalah capaian internet yang dihadapi oleh penduduk di seluruh negara apabila turun padang dan meninjau sendiri situasi sebenar di lokasi-lokasi aduan.