GUA MUSANG: Anak Kelantan yang ingin pulang pada sambutan Aidilfitri ini dinasihatkan menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) atau Lebuh Raya Timur Barat sebagai jalan alternatif untuk mengelak kesesakan yang dijangka berlaku di laluan Gua Musang.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya telah bersedia menghadapi pertambahan jumlah kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum hari raya berikutan cuti hujung minggu dan cuti tambahan bagi sesi persekolahan.
Beliau berkata sekiranya anak perantau menggunakan kedua-dua laluan yang boleh diakses melalui Terengganu dan Perak itu, keadaan kesesakan lalu lintas di Gua Musang akan terkawal.
"Saya tak mampu nak menjangka berapa banyak kenderaan akan masuk, tetapi pastinya Aidilfitri kali ini lebih ramai akan balik ke Kelantan," katanya selepas Majlis Penyampaian Rezeki Ramadan dan Majlis Iftar Ramadan bersama warga Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang di Dewan Tanjung IPD Gua Musang di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata susulan penutupan jalan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C, IPD Gua Musang sedang meneliti dua jalan alternatif dari Kuala Lumpur-Kota Bharu-Kuala Lumpur sebagai usaha mencari kaedah mengurangkan kesesakan trafik untuk pengguna jalan raya.
"Saya telah minta Ketua Polis Daerah dan Bahagian Trafik IPD Gua Musang untuk mencari kaedah serta laluan alternatif yang lain untuk melicinkan lagi perjalanan pengguna jalan raya.
"Kemungkinan ada jalan-jalan alternatif yang orang dari luar tak tahu, tetapi orang tempatan tahu supaya dapat melancarkan lagi perjalanan," katanya.
Muhamad Zaki turut berharap pengguna jalan raya bersabar dengan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan kini.
"Untuk mendapatkan kemudahan yang selesa memerlukan sedikit pengorbanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023
Pihak polis telah bersedia menghadapi pertambahan jumlah kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum hari raya. - Foto fail/PLUS
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lagi harimau belang mati dilanggar
Seekor harimau belang jantan dewasa dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 50.8 arah Kuala Lumpur pada Khamis.
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Pekerja p-hailing buat aksi ala 'Superman' didakwa
Seorang pekerja p-hailing mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya di LPT.
Tanah mendap: ANIH aktifkan laluan kontra ke Kuala Lumpur
Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ANIH Berhad mengaktifkan laluan kontra di lokasi tanah mendap yang berlaku sebelum ini, bermula 10 pagi tadi.
Exco Terengganu, ADUN Chukai, 3 individu terselamat kemalangan di LPT1
Hanafiah Mat bersama tiga individu lain terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kilometer 127.7 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1), pada petang Rabu.
Aidilfitri: Ramai balik beraya, aliran trafik ke Pantai Timur sesak
Aliran trafik dari Plaza Tol Gombak ke Pantai Timur mula sesak berikutan orang ramai yang mula pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Guna LPT, Lebuh Raya Timur Barat elak kesesakan di Gua Musang - Polis
Pihak polis telah bersedia menghadapi pertambahan jumlah kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum hari raya.
Pemandu cedera, treler jatuh gaung 15 meter di LPT
Seorang lelaki cedera selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter di Kilometer 42.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala Timur pada Ahad.
Tiga cedera kereta terbabas dalam gaung di LPT 1
Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Avanza yang terbabas ke dalam gaung sedalam lima meter.
Tiga maut, seorang cedera kereta terbabas di LPT
Bomba Pahang menerima panggilan kecemasan kira-kira pada jam 8.10 pagi dan menggerakkan lapan anggota ke lokasi kejadian.