awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah mendap: ANIH aktifkan laluan kontra ke Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
27/07/2023
04:57 MYT
Tanah mendap: ANIH aktifkan laluan kontra ke Kuala Lumpur
ANIH Berhad memaklumkan laluan itu diaktifkan bermula Kilometer (KM) 65.9 hingga KM67.9, bagi pengguna yang menuju ke arah Kuala Lumpur.
KUANTAN: Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ANIH Berhad mengaktifkan laluan kontra di lokasi tanah mendap yang berlaku sebelum ini, bermula 10 pagi tadi.
ANIH Berhad menerusi akaun media sosialnya memaklumkan laluan itu diaktifkan bermula Kilometer (KM) 65.9 hingga KM67.9, bagi pengguna yang menuju ke arah Kuala Lumpur.
"Pengguna diminta berhati-hati dan patuhi had laju serta arahan petugas di lokasi," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, sebahagian laluan KLK itu ditutup di kedua-dua arah ekoran kejadian tanah mendap di KM66.1 pada malam Selasa, dipercayai akibat kerja pembinaan berkaitan laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Bagaimanapun, laluan ke Kuantan telah dibuka semula lewat malam tadi, manakala laluan ke Kuala Lumpur masih dilencongkan di persimpangan Bentong Timur sebelum keluar di persimpangan Bentong Barat.
Sementara itu, pemilik Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dalam kenyataan menegaskan tiada tanda-tanda tekanan atau keruntuhan struktur terowong ECRL yang terletak di bawah KM61 KLK.
"Kami ingin menegaskan secara khusus bahawa Terowong Bentong 2 masih utuh walaupun berlaku insiden tanah mendap.
"Selain itu kami ingin menjelaskan bahawa tanah mendap di kawasan muka terowong yang berlaku pada petang Selasa, adalah kejadian terpencil dan sejak itu telah diperbetulkan," menurut kenyataan itu.
MRL berkata terowong itu selamat dari segi struktur untuk kerja-kerja pembinaan disambung semula dan mereka akan terus mengutamakan kesedaran keselamatan dan mengenal pasti potensi bahaya di tapak kerja.
MRL dengan kerjasama kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) CCC-ECRL untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci, dengan penemuan dan cadangan, jika ada, akan diberikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jalan mendap
#Lebuhraya KL-Karak
#laluan kontra
#LPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan