awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna pakar tempatan untuk bangunkan pelan pendidikan tinggi negara

Bernama
Bernama
01/10/2024
09:08 MYT
Guna pakar tempatan untuk bangunkan pelan pendidikan tinggi negara
Menurut Zambry, kepakaran tempatan yang dimiliki IPTA dan IPTS lebih memahami keperluan terhadap model pembangunan pendidikan tinggi yang diperlukan negara. - Bernama
SHAH ALAM: Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035 perlu dibangunkan oleh tenaga pakar tempatan berbanding menggunakan khidmat konsultan luar.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata kepakaran tempatan yang dimiliki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) lebih memahami keperluan terhadap model pembangunan pendidikan tinggi yang diperlukan negara.
"Kita memikirkan (kepakaran) dan sarjana dari luar. Tetapi, sebenarnya saya sebutkan yang mempunyai kepakaran itu adalah di sini (dalam negara). Saya selalu sebutkan tentang pentingnya kita mempunyai nilai diri, harga diri, keyakinan kepada sistem pendidikan kita.
"Keyakinan perlu kita bina dengan sebaik-baiknya, termasuklah hari ini kita sedang merangka pelan perancangan pendidikan (tinggi) untuk masa hadapan, 10 tahun akan datang," katanya.
Beliau berkata dalam ucapan bagi merasmikan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2024 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.
Dalam pada itu, Zambry turut mengingatkan pensyarah agar sentiasa beradaptasi dengan perkembangan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI) termasuk menghadapi cabarannya dalam akademik.
Pada majlis tersebut, Zambry turut menyampaikan anugerah bagi empat kategori sempena Majlis Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif Tahun 2024 (AKRI 2024), iaitu kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif, Pengajaran Transformatif, Inisiatif Live Broadcast (LIB) dan Pengalaman Pembelajaran.
Katanya anugerah itu bertujuan untuk menyokong inisiatif dan aspirasi kementerian dalam pendidikan fleksibel dan kurikulum tersedia pada masa hadapan di samping memberikan pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek yang dilaksanakan oleh ahli akademik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelan pendidikan tinggi
#pakar tempatan
#Zambry Abd Kadir
#pembangunan
#ipta
#ipts
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan