SEPANG: Seorang lelaki sanggup menggunakan Toyota Vellfire milik isteri untuk jalankan kegiatan kereta sewa haram atau 'ulat' bagi menarik pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), di sini, sebelum ditahan pada Rabu.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, kegiatan 'ulat' itu dikesan hasil intipan dan pemantauan pihaknya.
"Toyota Vellfire yang dipandu lelaki berusia 42 tahun terbabit ditahan ketika sedang membawa tiga penumpang warga Jepun untuk ke ibu negara.
"Dipercayai pemandu itu menggunakan taktik memujuk dan merayu sebelum mengenakan cas bayaran tambang sebanyak RM180 kepada penumpang," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan itu adalah milik isteri kepada pemandu terbabit dan mendakwa kegiatannya dilakukan bagi mencari pendapatan sampingan.
Katanya, kes disiasat disiasat di bawah Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
"Sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ ini juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1) di bawah akta yang sama," ujarnya.
Tambahnya, orang awam dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di KLIA dan KLIA 2 atau membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.
"Penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu serta pemilik kenderaan yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram," tegasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 11 2022
JPJ Selangor menahan seorang pemandu Toyota Vellfire yang menjalankan kegiatan kereta sewa haram atau 'ulat' di KLIA 2, Sepang, Rabu lalu. - Foto JPJ Selangor
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Kes penipuan pelaburan i-Serve, dua lagi ditahan
PDRM menahan dua lagi individu berhubung kes penipuan pelaburan i-Serve pada awal pagi Isnin.
Guna Toyota Vellfire milik isteri buat 'ulat' di KLIA 2
Dipercayai pemandu itu menggunakan taktik memujuk dan merayu sebelum mengenakan cas bayaran tambang sebanyak RM180 kepada penumpang.
11 mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat pulang
Setakat semalam, seramai 123 daripada 153 orang mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja telah berjaya diselamatkan.
Teksi haram jerat pelanggan guna Toyota Alphard
Siasatan dijalankan mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.
JPJ tahan dua 'ulat' di KLIA2
Siasatan awal mendapati pemandu itu menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dengan mengenakan tambang kepada pelancong asing antara RM100 hingga RM150 dari KLIA2 ke Kuala Lumpur.
JPJ sita kenderaan 'ulat' di KLIA2
Operasi seharian itu turut menahan tiga pemandu berusia lingkungan 40-an.
AirAsia Teleport perkukuh kedudukan tawar pelanggan perkhidmatan kargo khusus
Cabang logistik AirAsia digital dan penyedia perkhidmatan kargo penuh, Teleport memperkukuh posisinya di rantau ini dengan menawarkan lima perkhidmatan kargo khusus.
Kestabilan politik membolehkan Fasa Peralihan Endemik dilaksana - Khairy
Usaha itu juga merupakan hasil kerjasama barisan Menteri dan pihak Jawatankuasa Kuartet COVID-19 yang bertanggungjawab mengenainya.
Pembukaan semula sempadan tingkatkan sasaran capai faktor muatan 95 peratus AirAsia
Terdapat 12 penerbangan antarabangsa AirAsia yang dijadualkan tiba di KLIA2 hari ini dengan kira-kira 60% penumpang di dalam pesawat berkenaan.
KLIA, KLIA2 sedia terima pengembara
Petugas di lapangan terbang kini membuat persiapan rapi termasuk aspek penguatkuasaan, pematuhan SOP dan kawalan keselamatan.