awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna wang BPR beli kelengkapan PdPR, tampung perbelanjaan harian

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
13/07/2021
13:45 MYT
Guna wang BPR beli kelengkapan PdPR, tampung perbelanjaan harian
Ramai mahu menggunakan wang BPR yang diterima untuk membeli kelengkapan pendidikan anak masing-masing terutama dalam tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR). - Gambar hiasan/ Bernama
ALOR SETAR: Pembayaran secara berperingkat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada sekitar 8.4 juta penerima yang dibuat sejak minggu lalu disambut baik kumpulan masyarakat.
Tinjauan Astro AWANI di Kedah mendapati rata-rata yang ditemui menzahirkan ucapan penghargaan kepada kerajaan dalam memberikan bantuan kewangan dalam bagi menampung kehidupan seharian mereka.
Menurut mereka, wang BPR yang diterima akan digunakan untuk membeli kelengkapan pendidikan anak masing-masing terutama dalam tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Ada juga dalam kalangan mereka yang menjadikan wang berkenaan sebagai modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan selain menampung pembiayaan bil-bil yang tertunggak sebelum ini.
Mohd Arif Ismail, 48, yang bekerja sendiri berkata: "Plan kali ini banyak jugalah, dalam kepala ada macam-macam, terutama dengan pendidikan anak-anak kita... nak beli telefon untuk kegunaan itu (pendidikan) dan kegunaan harian," katanya yang mempunyai empat anak yang belajar di sekolah rendah dan menengah.
Sementara itu, Mohd Fazli Hassan, 24, yang bekerja sebagai mekanik, berkata: "Duit itu saya guna untuk kegunaan harian sebab kerja sekarang kadang boleh (dapat pendapatan), kadang tak boleh.
"Dengan duit macam itu bolehlah sedikit sebanyak bantu apa yang patut... yang sebelum ini tertunggak (seperti bayaran bil dan sebagainya)," katanya.
Manfaat BPR | Beli kelengkapan PdPR, tampung perbelanjaan harian
Peniaga ayam goreng, Mohd Hafizi Abd Aziz, 23, pula berkata wang BPR berkenaan boleh digunakan untuk membayar bil telefon selain membantu serba sedikit perniagaannya.
Rabu lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bayaran BPR Tambahan akan dibuat secara berperingkat yang melibatkan 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas sama ada bujang atau tiada pasangan, serta 3.8 juta individu bujang.
Menerusi BPR Tambahan itu, isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500, isi rumah berpendapatan RM2,501-RM5,000 (RM300), manakala warga emas berpendapatan RM5,000 dan ke bawah serta individu bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah menerima RM100.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web: https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/
Topic Berkaitan
#BPR Tambahan
#Kementerian Kewangan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#bantu kehidupan
#PdPR
#bil tertunggak
#bantu perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan