awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunakan bahan mentah tempatan dalam projek ECRL - Teresa Kok

Bernama
Bernama
12/04/2019
21:00 MYT
Gunakan bahan mentah tempatan dalam projek ECRL - Teresa Kok
Kok berkata, kementeriannya berharap China akan turut membuat lebih banyak komitmen bagi membeli komoditi Malaysia, terutamanya minyak sawit dan getah.
Kementerian Industri Utama berharap Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diumumkan disambung semula, akan mengutamakan penggunaan bahan mentah tempatan dalam pelbagai aspek pembangunannya.
Menterinya, Teresa Kok Suh Sim dalam satu kenyataan berkata, terdapat banyak bahan mentah termasuk hasil getah Malaysia yang boleh dimanfaatkan bagi pembinaan landasan serta penghasilan bering seismik.
"Pada masa sama, kayu-kayan Malaysia juga sesuai untuk dijadikan sebagai rangka asas landasan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat bahawa projek ECRL itu akan disambung semula pada kos lebih rendah susulan permeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) di Beijing.
Mengulas selanjutnya, Kok berkata menerusi perkembangan terbaru itu, kementeriannya berharap China akan turut membuat lebih banyak komitmen bagi membeli komoditi Malaysia, terutamanya minyak sawit dan getah.
Ini berikutan kedudukan China yang sentiasa menjadi rakan dagang penting untuk Malaysia serta berperanan sebagai pasaran eksport ketiga terbesar bagi komoditi minyak sawit negara ini.
"Kita juga mengharapkan rundingan dua hala kedua-dua negara dapat terus diperkukuh menerusi pemeteraian perjanjian tambahan membabitkan ECRL itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahan mentah
#bahan tempatan
#Beijing
#bering seismik
#China
#ECRL
#Getah
#komoditi
#Laluan Rel
#landasan
#minyak sawit
#Pantai Timur
#rakan dagang
#rundingan
#Teresa Kok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan