KOTA KINABALU: Penggunaan media sosial secara positif dan berkesan terutama oleh generasi masa kini penting bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat, kata Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Jakaria Dasan.
Beliau berkata media sosial sekiranya disalahgunakan boleh menjadi punca perselisihan faham, justeru penting bagi semua rakyat melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai warganegara cintakan Malaysia dengan menggunakan media sosial sebagai medium perpaduan.
"Kita kena lihat dalam konteks positif berkaitan dengan media sosial. Dahulu teknologi itu tidak ada, hari ini kita ada telefon pintar, dahulu kita ada telefon awam tetapi kadang-kadang telefon awam pun kita tidak dapat akses untuk lakukan hubungan dan dahulu juga maklumat disampaikan agak lewat.
"Hari ini, sekelip mata maklumat kita peroleh sudah tentu cabarannya itu sangat tinggi, setiap zaman mempunyai cabaran tersendiri dalam memupuk perpaduan," katanya dalam temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Jakaria berkata walaupun platform itu boleh menjadi negatif sekiranya disalah guna, rakyat tidak sepatutnya menjauhkan diri daripada media sosial yang mengalami ledakan perkembangan pada masa ini, sebaliknya wajar menguasai teknologi itu bagi membolehkan ia digunakan sebaiknya sebagai medium perpaduan.
Beliau berkata terdapat empat media sosial yang menjadi perhatian dan ikutan penduduk di negara ini pada masa ini iaitu Facebook, Instagram, YouTube dan terkini TikTok.
Katanya, Facebook yang dahulunya dikuasai anak muda, kini berkembang sebagai media sosial disertai ahli keluarga pelbagai peringkat umur, manakala TikTok merupakan platform yang amat digemari generasi muda pada masa ini.
"Bila kita kaitkan dengan media sosial dan teknologi, cara kita mengatasi yang negatif itu pelbagai pihak terutama kerajaan perlu tingkatkan lagi penggunaan media sosial ini dengan lebih efektif seperti anak muda ingin menonton sejarah, peristiwa lepas jadi kita sediakan bahan itu," katanya.
Jakaria berkata usaha meningkatkan tahap perpaduan pada masa lepas dan masa kini tidak boleh dibandingkan kerana mempunyai pelbagai perbezaan terutama melibatkan teknologi dan media sosial, justeru usaha itu perlu dikemas kini seiring dengan perkembangan masa.
Beliau berkata peristiwa bersejarah baharu yang berlaku di Sabah dan dikongsikan secara "hangat" menerusi media sosial ialah keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam Kembara Kenali Borneo.
Katanya, keberangkatan Seri Paduka berdua bukan sahaja mengukuhkan perpaduan rakyat Sabah dengan rakyat seluruh negara, malah turut menunjukkan bahawa rakyat Sabah adalah kumpulan masyarakat yang boleh dijadikan contoh apabila berinteraksi dengan Seri Paduka berdua dengan semangat kekeluargaan tinggi.
"Kita lihat tular di Tik Tok bagaimana mesranya layanan Seri Paduka berdua kepada kita. Mereka (pengguna media sosial) semua tersenyum bangga, seronok malah menitiskan air mata, ini menunjukkan kalau kita ingin positif, maka media sosial akan menjadi positif.
"Bahan media sosial itu juga menunjukkan kepada Malaysia serta dunia keperluan pembangunan di Sabah yang perlu dilipatgandakan demi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat, Seri Paduka berdua juga amat prihatin dalam perkara ini," katanya.
Ditanya tentang usaha Kerajaan Perpaduan membawa konsep Malaysia MADANI demi kesejahteraan rakyat, Jakaria berkata konsep itu perlu dilihat dari segi maksud dan hasrat kerajaan, bukan sekadar erti luaran semata-mata.
"Niat di sebalik perkataan MADANI itu, jiwa itu yang sebenarnya perlu kita fahami agar apa jua hasrat kerajaan khususnya yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif iaitu memakmurkan rakyat dan Malaysia," katanya.
Malaysia MADANI yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan ikhtiar secara bersepadu dan holistik menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.
Konsep itu berdiri atas enam tonggak utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
Jakaria berkata terdapat empat media sosial yang menjadi perhatian dan ikutan penduduk di negara ini pada masa ini iaitu Facebook, Instagram, YouTube dan terkini TikTok. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.