TUJUH remaja yang dilaporkan hilang ketika menuruni Gunung Hitam dekat Sungai Lui, Hulu Langat ditemui selamat di lokasi kira-kira 500 meter dari tapak perkhemahan mereka pada 1.51 pagi Isnin.

Usaha membawa turun kesemua mangsa berusia sekitar 18 tahun dilakukan oleh 36 anggota mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan bomb, polis dan penduduk tempatan.

Komander Operasi Penguasa Kanan Bomb 1, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan terkejut namun selamat dan usaha membawa turun mangsa mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam.

Kesemua mangsa yang berasal dari Lembah Klang sebelum ini dilaporkan sesat setelah menaiki Gunung Hitam dan melakukan aktiviti perkhemahan pada Sabtu petang.

BACA: 7 remaja lelaki hilang di Gunung Hitam, Hulu Langat

Mereka yang dijadualkan turun semula ke kaki gunung pada Ahad bagaimanapun dilaporkan sesat dan sempat menghubungi talian kecemasan.