awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Kinabalu miliki monumen Penanda Arah Kiblat Tertinggi di Malaysia

Bernama
Bernama
27/10/2025
21:20 MYT
Gunung Kinabalu miliki monumen Penanda Arah Kiblat Tertinggi di Malaysia
Malaysia Book of Records (MBOR) mengiktiraf penanda arah kiblat pada ketinggian 3,930.4 meter dari aras laut di KM8 Gunung Kinabalu, sebagai Penanda Arah Kiblat Tertinggi di Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Malaysia Book of Records (MBOR) mengiktiraf penanda arah kiblat pada ketinggian 3,930.4 meter dari aras laut di KM8 Gunung Kinabalu, sebagai Penanda Arah Kiblat Tertinggi di Malaysia.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pemasangan monumen kiblat itu, amat signifikan untuk membantu pendaki muslim menentukan arah kiblat dengan tepat semasa menunaikan solat pada altitud tinggi, sekali gus menyelesaikan cabaran pelaksanaan ibadah di kawasan ekstrem.
"Bagi pendaki muslim, penentuan arah kiblat sering menjadi cabaran. Usaha ini amat tepat pada masanya, memberikan kemudahan dan keyakinan kepada mereka untuk menunaikan solat dengan sempurna," katanya.
Beliau berkata demikan dalam kenyataan selepas mengumumkan pengiktirafan daripada Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records, di sini, pada Isnin.
Hajiji berkata, pengiktirafan itu bukan sekadar satu pencapaian fizikal tetapi juga simbol kekuatan semangat, keilmuan dan keimanan umat Islam di Sabah yang berjaya menggabungkan ilmu falak, teknologi dan ketahanan fizikal dalam satu projek unik dan bermakna.
Ketua Menteri berkata, monumen yang berdiri megah di puncak tertinggi Malaysia itu, menjadi lambang keutuhan akidah dan syiar Islam yang menjulang tinggi bukan hanya rekod dalam buku, tetapi juga pengiktirafan terhadap usaha dakwah, ilmu dan inovasi.
Beliau berkata, kewujudan monumen itu turut memperkukuh kedudukan Sabah sebagai destinasi pelancongan halal dan mesra muslim di rantau ini, selain memperkasakan ilmu falak dalam masyarakat.
Hajiji berkata, projek berkenaan dilaksanakan dalam beberapa fasa, bermula dengan tinjauan awal, penentuan arah kiblat menggunakan kaedah falak oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah, disusuli kerja-kerja pengukuran oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Agensi lain yang turut terlibat ialah Taman-Taman Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Ketua Menteri, polis, bomba, Radio Televisyen Malaysia, Pejabat Daerah Ranau, Pasukan Gerakan Udara (PGU) serta Bahagian Istiadat dan Protokol.
"Sinergi semua agensi ini membuktikan bahawa apabila ilmu, teknologi dan iman bersatu, mampu mencipta satu kejayaan besar. Gunung Kinabalu kini bukan sekadar destinasi pendakian fizikal tetapi juga destinasi spiritual dan ilmiah yang mengangkat keagungan ciptaan Allah SWT," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Kinabalu
#Penanda Arah Kiblat Tertinggi
#Malaysia Book of Records MBOR
#monumen kiblat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan