JAKARTA: Gunung Sinabung yang berada di Karo, Sumatera Utara kembali menghamburkan asap tebal pada Rabu dalam episod terkini letusan sejak menunjukkan keaktifannya sepanjang dua minggu ini, lapor media tempatan.
Portal berita Kompas.com melaporkan, petugas pemantau Gunung Sinabung Armen Putra mengatakan, letusan terkini itu terjadi sekitar pukul 4.48 pagi waktu tempatan.
Armen menjelaskan, dalam letusan terbaru itu, Gunung Sinabung menghaburkan abu volkanik setinggi lebih kurang 3,500 meter dari puncak gunung.
Kepulan asap debu berwarna kelabu itu mencondong ke arah timur dan selatan Sinabung, namun, jarak sebaran asap itu bergantung kepada faktor angin.
"Kalau kita lihat arahnya ke wilayah Naman, tapi kita lihat lagi keadaan anginnya. Kelajuan angin dan arah angin menentukan kawasan sebarannya," katanya.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) memberitahu, orang ramai diingatkan supaya tidak kembali semula ke kampung-kampung dalam radius 3 kilometer dari puncak gunung, yang sebelum ini sudah diarah untuk ditinggalkan.
Orang awam juga diarahkan supaya memakai pelitup muka semasa berpindah dan seboleh-bolehnya menghindari debu asap.
Difahamkan, aktiviti Gunung Sinabung diletakkan dalam paras tinggi dan letusan susulan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Letusan Gunung Sinabung pada 22 Mei 2016, telah mengorbankan tujuh orang dan mencederakan beberapa mangsa lain, sementara insiden letusan pada 8 Ogos 2020 memaksa puluhan ribu penduduk dipindahkan sementara tiga kampung ditutup.
Agensi
Wed May 19 2021
Rakaman dari PVMBG yang menunjukkan letusan Gunung Sinabung pada jam 4.59 pagi waktu tempatan. - Twitter PVMBG
AWANI Pagi: Salahkah tayang bahagia di media sosial?
Kini ramai yang menggunakan media sosial untuk memaparkan kebahagiaan mereka. Adakah media sosial ketika ini menjadi penentu atau kayu ukur kebahagiaan? Salah atau perlu berpada-pada? Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi;
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
Letusan Gunung Ruang jejaskan ribuan rumah di Sulawesi Utara
Bilangan penduduk yang dipindahkan dari dua kampung di pulau itu telah berkurangan kepada 3,582 orang.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Aktiviti gunung berapi cetus pemindahan ratusan orang di Sulawesi Utara Indonesia
Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan Darurat selama 14 hari, berkuat kuasa dari 16 hingga 29 April.
Gunung Semeru meletus muntahkan abu sejauh satu kilometer
Gunung Semeru di daerah Malang dan Lumajang di wilayah Jawa Timur meletus pada 7.30 pagi Selasa (waktu tempatan).