awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru antara tiga maut nahas dua kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
29/01/2024
05:00 MYT
Guru antara tiga maut nahas dua kenderaan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas dua kenderaan di Kota Tinggi pada pagi Isnin. - Foto/ JBPM
KOTA TINGGI: Guru antara tiga yang maut dalam nahas berlaku di Jalan Besar Felda Air Tawar 1 dekat sini pada pagi Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB )Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.49 pagi.
"Setibanya pasukan operasi keluaran (PKO) di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan Perodua Myvi dan Proton Gen 2.
"Kenderaan Perodua Myvi dinaiki dua orang lelaki dewasa di mana salah seorang daripadanya tersepit akibat kemalangan itu.
"Kereta Proton Gen 2 yang dinaiki seorang mangsa yang turut tersepit akibat kemalangan tersebut. Semua mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurutnya, anggota menggunakan 'rescue cutter' bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis.
Tambahnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#guru maut
#Kota Tinggi
#Felda Air Tawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan