awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru didakwa terima deposit haram RM284,200 daripada 12 individu

Bernama
Bernama
27/05/2021
14:19 MYT
Guru didakwa terima deposit haram RM284,200 daripada 12 individu
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM48,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jun untuk sebutan semula kes. - file
JOHOR BAHRU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menerima deposit haram berjumlah RM284,200, tujuh tahun lepas.
Mohd Hairul Nizam Wahab, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menerima deposit tanpa suatu lesen yang sah daripada 12 individu berbeza di sebuah premis dan sebuah sekolah di sekitar Pasir Gudang, dekat sini, antara Mei 2014 hingga Disember tahun sama.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu menurut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda RM50 juta atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM48,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jun untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Chai Ing Hien manakala tertuduh diwakili peguam Fahmi Adilah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#guru
#sekolah
#deposit
#ikat jamin
#Mohd Hairul Nizam Wahab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan