awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru didakwa tujuh pertuduhan rogol, amang seksual pelajar OKU

Sinar Harian
Sinar Harian
25/11/2024
05:00 MYT
Guru didakwa tujuh pertuduhan rogol, amang seksual pelajar OKU
Mohd Zulkurnain dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal dan rogol remaja perempuan OKU. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) antara Disember tahun lalu hingga Ogos.
Tertuduh, Mohd Zulkurnain Mohd Zain, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Zulkurnain didakwa atas dua pertuduhan merogol dan lima pertuduhan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 14 tahun tahun lalu dan kini 15 tahun.
Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan antara jam 3.30 hingga 4.30 petang antara Disember 2023 dan Ogos lalu di dalam sebuah stor sekolah pendidikan khas, di sini.
Bagi kesalahan rogol, rertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Dia turut didakwa mengikut Seksyen 14(b) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin manakala tertuduh diwakili Iskandar Shah Ibrahim.
Sebelum itu, Nur Farah Wahida memohon mahkamah supaya mengenakan jaminan berjumlah RM60,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua tujuh pertuduhan dengan syarat tambahan.
Syarat tersebut ialah perlu melapor diri di Balai Polis berhampiran sebulan sekali serta pasport antarabangsa diserahkan pada mahkamah.
Namun, peguam tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM30,000 memandangkan tertuduh merupakan seorang penjawat awam yang bergaji kasar RM3,000 sebulan dan juga menghidap penyakit apendiks.
Hakim kemudian menetapkan tertuduh dijamin RM35,000 dengan seorang penjamin selain syarat perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta pasport diserahkan pada mahkamah. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#guru didakwa
#rogol
#amang seksual
#pelajar perempuan OKU
#Mohd Zulkurnain Mohd Zain
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan