Guru dipenjara 10 tahun, enam sebatan lakukan amang seksual terhadap pelajar

Tertuduh (kanan) dihukum penjara 10 tahun dengan enam sebatan, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berumur 15 tahun, tiga tahun lepas. -Foto Bernama
JERTIH: Seorang guru dihukum penjara 10 tahun dengan enam sebatan, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berumur 15 tahun, tiga tahun lepas.
Ringkasan AI
- Guru dihukum penjara 10 tahun dengan enam sebatan atas amang seksual terhadap pelajar lelaki berumur 15 tahun tiga tahun lalu.
 - Hakim Ahmad Fadhli Mahmud menegaskan hukuman penjara dan sebatan serta perintah khidmat kaunseling dan pengawasan polis.
 - Mahkamah mendapati guru itu mengkhianati kepercayaan sebagai pendidik dan meninggalkan trauma kepada mangsa, dengan tegaskan hukuman berat sebagai mesej jelas kepada masyarakat.
 
Ahmad Fadhli ketika membacakan penghakiman berkata setelah meneliti keterangan-keterangan dan hujahan yang dikemukakan pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu dan pembelaan yang dibuat hanya sekadar penafian semata-mata.
"Dengan mengambil kira tertuduh sebagai seorang guru yang seharusnya melindungi mangsa dan bukan mengambil kesempatan terhadap mangsa untuk melepaskan nafsu, apatah lagi apabila mangsa adalah daripada jantina yang sama.
"Tanggungjawab dan kepercayaan diberikan kepada tertuduh sebagai seorang guru namun tertuduh telah mengkhianati kepercayaan itu dengan melakukan perbuatan seksual terhadap mangsa dan tindakan sedemikian telah meninggalkan trauma kepada mangsa," katanya.
Anuar didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak 15 tahun itu di dalam bilik di sebuah resort di Pulau Perhentian pada 3 petang 29 Julai 2022 dan 1 pagi dan 5 pagi 30 Julai 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee memohon hukuman penjara dan sebatan kepada lelaki tersebut atas perbuatan keji sehingga mendatangkan trauma kepada mangsa.
"Satu hukuman berat wajar dikenakan terhadap tertuduh agar menjadi mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa perbuatan keji seperti ini tidak akan dipandang ringan oleh mahkamah khususnya melibatkan mangsa kanak-kanak," katanya.
Peguam Nik Ismail Nik Lah merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan atas faktor sudah berkhidmat sebagai seorang guru selama 25 tahun selain menanggung dua orang anak termasuk orang kurang upaya (OKU) serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Enam saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk lelaki itu telah dipanggil pada perbicaraan kes itu.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah hukuman yang dijatuhkan kepada seorang guru atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berumur 15 tahun? A: Seorang guru dihukum penjara 10 tahun dengan enam sebatan atas tiga pertuduhan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berumur 15 tahun.
 - Q: Apakah tindakan tambahan yang perlu dijalani oleh tertuduh selepas menjalani hukuman penjara? A: Tertuduh perlu menjalani khidmat kaunseling selama tempoh pemenjaraan serta pengawasan polis selama dua tahun selepas bebas.
 - Q: Apakah alasan yang diberikan oleh mahkamah dalam menjatuhkan hukuman yang berat terhadap tertuduh? A: Mahkamah berpendapat bahawa tindakan tertuduh sebagai seorang guru yang mengkhianati kepercayaan untuk melindungi mangsa serta meninggalkan trauma kepada mangsa adalah faktor penting dalam menjatuhkan hukuman berat.
 

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

