KOTA BHARU: Guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini semalam tiba di mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman pagi ini.
Wanita berusia 57 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah menaiki trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 8.40 pagi.
Advertisement
Sebelum itu Sinar Harian melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah. - Sinar Harian