awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru lelaki direman, bantu siasatan amang seksual fizikal murid

Sinar Harian
Sinar Harian
13/12/2023
04:09 MYT
Guru lelaki direman, bantu siasatan amang seksual fizikal murid
Suspek berusia 43 tahun itu direman bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
SEREMBAN: Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Seremban direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa bagi membantu siasatan kes melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
Suspek berusia 43 tahun itu direman bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Menurut sumber, guru besar sekolah terbabit telah membuat laporan polis pada 5 Disember lalu berhubung penemuan beberapa kandungan video lucah salah laku gangguan seksual yang dilakukan suspek terhadap murid-murid.
Difahamkan, turut dijumpai video yang memaparkan perbuatan salah laku seksual guru terbabit terhadap anak lelakinya sendiri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu mengesahkan suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#guru cabul
#guru ditahan
#Seremban
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan