awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2024
16:44 MYT
Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah
Siasatan awal polis mendapati guru lelaki berusia 30-an itu disyaki melakukan perbuatan terbabit di beberapa lokasi berbeza.
KUALA LUMPUR : Polis menahan seorang guru yang disyaki melakukan amang seksual ke atas beberapa murid lelaki di sebuah sekolah rendah di Hulu Selangor sejak sebulan lalu, pada Khamis.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, pihaknya menerima empat laporan berhubung kejadian pada jam 2.03 pagi hingga 10 pagi hari yang sama.
"Siasatan awal mendapati guru lelaki berusia 30-an itu disyaki melakukan perbuatan terbabit di beberapa lokasi berbeza, termasuk di bilik sebuah inap desa di Ulu Yam.
"Difahamkan, mangsa antara yang terpilih mewakili Hulu Selangor dalam pertandingan bola sepak.
"Guru tersebut yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani ditahan sepasukan anggota polis di kawasan Bukit Beruntung, kira-kira jam 1.30 pagi.
"Ujian air kencing terhadapnya didapati negatif, selain tiada rekod jenayah dan dadah," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mohd Asri berkata, empat kertas siasatan dibuka terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
"Suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 31 Julai bagi membantu siasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#amang seksual
#guru ditahan
#murid lelaki
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan