Seorang guru yang ditemui mati lemas di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam pernah dirujuk ke Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai.
Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Datuk Ab Aziz Abdullah berkata mangsa dilaporkan mempunyai masalah disiplin sejak 2011 kerana mempunyai masalah keluarga dan sering tidak hadir ke sekolah.
"Mangsa juga dikatakan sering membawa masalah peribadinya ke sekolah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tawang di sini, hari ini.
Semalam, mayat seorang warga Malaysia dengan kesan kecederaan di muka ditemui terapung di Sungai Golok di Pengkalan Jambu, Narathiwat, Thailand.
BACA: Mayat lelaki warga Malaysia ditemui terapung di Sungai Golok
VIDEO: Lelaki ditemui maut di Sungai Golok dipercayai dibunuh
Menurut Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Lt Wae Alif Wae Desa, mangsa dikenali sebagai Azami Mohamed, 38, dari Kampung Pasir Kelang Baru, Kuala Krai, Kelantan.
Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian sempena sambutan Hari Cowboy Malaysia-Thai yang diadakan di Sungai Golok malam semalam, menurut Wae Alif.
Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata menurut semakan yang dilakukannya, guru itu tidak melakukan permohonan untuk ke luar negara sebelum ini.
"Kebiasaanya penjawat awam perlu mengikuti peraturan sedia ada untuk menyeberangi sempadan Malaysia, sebaliknya mangsa tidak melakukan perkara itu.
"Selain itu, permohonan tersebut mestilah mendapat kelulusan agar ia dapat menjadi rujukan jika perkara tidak diingini berlaku," katanya.
Bernama
Mon Feb 29 2016
Berdasarkan semakan, mangsa yang merupakan seorang guru itu tidak melakukan permohonan untuk ke luar negara sebelum ini. - Gambar fail
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Bunuh: Bekas pemandu lori terlepas hukuman mati, diganti penjara 33 tahun, 12 sebatan
Bapa tiga anak itu turut diperintah menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap pada 2 Okt 2014.
Guru lemas di Sungai Golok pernah dikaunseling - Pengarah JPN Kelantan
Mangsa dilaporkan mempunyai masalah disiplin sejak 2011 kerana mempunyai masalah keluarga dan sering tidak hadir ke sekolah.